Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 4, 2021 @ 1:06pm

90 Peratus Peniaga Kecil Dijangka ‘Gulung Tikar’ Jika PKP Berterusan

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, lebih 90 peratus usahawan mikro, kecil, sederhana dan informal berisiko menutup perniagaan sekiranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan secara berterusan.

Keadaan itu sekaligus berpotensi menyebabkan lebih tiga juta rakyat Malaysia hilang pekerjaan.

“Mereka kini hanya dapat bertahan untuk tempoh tiga hingga enam bulan kerana kekurangan sumber kewangan untuk menampung gaji pekerja dan komitmen bayaran lain.

“Penemuan kaji selidik ini begitu membimbangkan kerana ia juga boleh menyebabkan lebih ramai akan kehilangan pekerjaan,” katanya dalam sidang media di Medac, hari ini.

Bagaimanapun, sebanyak 1.83 peratus usahawan dengan majoritinya adalah usahawan mikro sudah pun ‘gulung tikar’.

“kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik dengan menguatkuasakan PKP yang lebih ketat berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19.

“Pada masa sama, kerajaan tetap komited dalam menumpukan usaha bagi menyeimbangkan di antara kesihatan dan kelangsungan hidup rakyat,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap agar  inisiatif PEMERKASA+ yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini  mampu menyokong daya tahan golongan ini sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh dilaksanakan.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Jan 2025
Trending Fri, 21 Jun 2024
Trending Fri, 1 Nov 2019

GOT Fans, Are You Ready For The Next Throne? Game Of Throne’s Prequel ‘House Of Dragon’ Will Be Coming Soon On HBO

Game of Thrones fans, are you ready for this prequel to put you on tenterhooks?

Trending Wed, 25 Apr 2018

Pesanan Romantis Di InstaStory, Bukti Mira Filzah Dan Zizan Razak Dilamun Cinta

Biarpun kedua-dua posting berbalas kata rindu itu tidak ditujukan secara spesifik, namun ramai yang percaya ia ditujukan antara satu sama lain.

Featured Fri, 30 Sep 2022
Featured Fri, 7 Jul 2023

“Tidak Mahu Kedengaran Seperti Ustaz, Tapi Saya Berusaha Utamakan Solat” – Alif Satar

MasyaAlla, moga kita juga tergolong dalam golongan orang yang menjaga solat💖

Featured Mon, 4 Dec 2023
error: Content is protected !!