Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 2, 2022 @ 7:19pm

“Tiba-Tiba Pakai Nama Zikir, Dah La Free Hair…” – Shiha Zikir Sedih Nama Arwah Ayah Jadi Bahan Jenaka

Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir meluahkan rasa sedih apabila nama bapanya iaitu Zikir dijadikan bahan gurauan dalam kalangan warganet.

Namun, Shiha mengambil langkah rasional untuk tidak cepat melenting malah bersabar dengan kelakuan warganet yang tidak matang kerana menggunakan nama bapanya itu sebagai modal gurauan.

“Saya tak akan ambil hati, dulu ya. Dulu saya pernah balas balik. Orang sebut main-main nama Zikir pun saya marah.

“Sebab itu adalah nama arwah abah saya. Orang cakap kau macam ni tiba-tiba pakai nama Zikir, dah la free hair.” ujarnya kepada Gempak.

Memetik daripada laporan Gempak, pelantun lagu AEWO itu menjelaskan bahawa penggunaan nama Zikir sebagai nama pentas membuatkan dirinya berasa lebih dekat dan menghargai arwah bapa kesayangannya.

“Bukan saja-saja nak letak. Nama arwah abah saya Mohd Zikir, kenapa saya letak? Sebab dia yang ajar saya menyanyi.

“Saya masuk dalam industri ini sebab saya nak rasa dekat dengan dia, rasa macam nak appreciate seseorang yang sangat-sangat saya hargai, sebab itu saya letak Shiha Zikir.

Bukan itu sahaja, Shiha Zikir atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 35, meluahkan bahawa dia sudah dapat menjangkakan isu ini timbul dan mengakui pernah berbalah di Twitter namun menyedari perbalahan tersebut tidak akan memberikan apa-apa manfaat kepadanya.

“Walaupun saya dah agak ramai orang akan mempermainkan nama tu. Dulu saya balas balik, bergaduh-gaduh dekat Twitter.

“Tapi bila fikir balik kan buat apa kita jadi macam tu. Apa yang awak dapat? Kepuasan apa yang awak dapat sebenarnya?

“Di media sosial, ini bukan benda ringan. Benda-benda yang melibatkan komen negatif ni… Sebab kita tidak tahu apa yang orang tu pernah lalui.” ujarnya lagi.

Untuk makluman, baru-baru ini Shiha berjaya membolot lima trofi di sebuah anugerah berprestij menerusi lima kategori yang berbeza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Dec 2023

Kadar Dividen ASB Lebih Tinggi Berbanding Tahun 2022

Berita gembira buat semua pemegang akaun👋👋👋

Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Mula Tadabur Sejak 2021 Di Media Sosial, Fatin Nabila Akui Suara Tenang Beri Pesona Ketika Berdakwah

Kalau tengok video Fatin bagi motivasi, terus bersemangat rasa kan?

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

BTS Gains More Fame While Impersonator Fools People on the Streets of Seattle

BTS continuously becomes more successful to the point where someone faked being one of the members.

Trending Mon, 9 Aug 2021
Featured Sat, 11 Oct 2025

Syamel Kembali Dengan ‘Beribu Tanda Tanya’, Lagu Sarat Emosi & Penuh Makna

Kata Syamel, lagu baharunya ini adalah tentang persoalan yang banyak memeblenggu fikiran dan hati seseorang.

Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Aiman-Zahirah Pilih Februari 2020

Sementara itu, Aiman juga memaklumkan majlis perkahwinan akan diadakan di Kuala Lumpur.

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

“I Really Don’t Care Anymore”, Liam Hemsworth Claims to Had Enough of Miley Cyrus

Their breakup is shocking, but Liam’s take on their split is even more shocking!

error: Content is protected !!