Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 10, 2025 @ 10:00pm

XTRA XSTAR 2025: Debaran Memuncak, Siapakah 5 Finalis Bakal Gegar Pentas Akhir? Nantikan Pengumuman Pada Rabu Depan!

Debaran semakin terasa! Program pencarian bakat nyanyian popular, XTRA XSTAR 2025, kini menghampiri detik penentuan apabila hanya lima finalis terbaik bakal diumumkan tidak lama lagi.

Daripada ratusan penyertaan yang diterima, hanya 20 peserta berjaya menempatkan diri dalam Top 20 dan kini bersaing sengit untuk merebut peluang mara ke pentas akhir.

Segala persoalan bakal terjawab pada Rabu, 15 Oktober 2025, apabila lima nama terpilih diumumkan untuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung di studio Balai Berita, Bangsar, pada 31 Oktober ini.

Persembahan akhir itu turut disiarkan secara langsung menerusi platform TikTok XTRA.

Dengan hanya dua hari berbaki sebelum undian ditutup pada 12 Oktober, peminat kini giat menyalurkan sokongan buat peserta pilihan masing-masing.

Setiap undi mampu mengubah nasib dan menentukan siapa yang bakal bergelar bintang baharu XTRA XSTAR 2025.

Bukan sekadar membawa pulang gelaran, juara XTRA XSTAR 2025 juga akan menerima kontrak rakaman dan pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents, selain menikmati liputan meluas di platform XTRA dan Media Prima. Turut menanti ialah sesi temu bual eksklusif dan penampilan istimewa dalam program hiburan popular.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif sepanjang perjalanan XTRA XSTAR 2025, jangan lupa ikuti @xtra_my di TikTok, Instagram, Facebook dan X.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Lepas New York, Mak Cun Bawa Diri Ke China Pula?

Mak Cun ni memang gigih dan tidak pernah berputus asa!

Featured Thu, 5 Jan 2023
Trending Thu, 19 Jul 2018

Kenapa Hanya 2 Ulas Durian Untuk Setiap Hidangan

Kenapa hanya 2 ulas durian untuk setiap hidangan . Perlu elakkan pengambilan yang berlebihan

Trending Thu, 11 Mar 2021

Tony Eusoff Geram Netizen Anggap Tuala Wanita Memalukan

Haish, tuala wanita kan benda paling common sense

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Nak Tengok Mak Gembira, Ayda Jebat Sanggup…

Alhamdulillah syukur rezeki saya pada tahun lalu dan sekarang masih lancar. Saya juga terlibat dalam beberapa projek untuk beberapa jenama besar.

Trending Wed, 4 Jul 2018

Tarikh Perbicaraan Kes Najib Razak 18 Februari 2019

Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak berkata, beliau mencadangkan keseluruhan tempoh perbicaraan selama 19 hari dan tarikh yang ditetapkan ialah 18 hingga 28 Februari 2019, 4 hingga 8 Mac 2019 serta 11 hingga 13 Mac 2019.

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Henry Golding Will Be Playing a Gay Man Soon

Interesting in light of the massive debate going on right now.

error: Content is protected !!