Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 27, 2021 @ 9:34pm

Terus Diberi Peluang Galas Watak Hero, Aaron Aziz Luah Rasa Syukur

Biarpun dunia seni dimeriahkan dengan kemunculan ramai bakat muda, pelakon Datuk Aaron Aziz, 45, bersyukur dirinya masih dihujani tawaran berlakon drama dengan memegang watak hero.

Terbaharu, Aaron bakal muncul dalam drama Imam Ku Lelaki Pendosa terbitan Global Station Sdn Bhd dan bakal ditayangkan di slot Akasia, TV3.
 
“Alhamdulillah, terima kasih kepada penerbit dan stesen TV yang masih memberi kepercayaan kepada saya. Diakui, drama ini antara karya yang memberi cabaran baharu buat saya dari segi karakter.
 
“Malah, dapat berlakon dengan pelakon baharu iaitu Sophia Albarakbah turut memberi pengalaman baharu kepada saya di samping pelakon ternama sedia ada.

“Saya tidak mahu terlalu meletakkan harapan tinggi pada drama ini, tapi apa boleh dikatakan Insya-Allah, karya ini memang lain dari yang lain,” katanya.
 
Selain Aaron, drama arahan Eyra Rahman itu turut menampilkan Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Aaron terus mengorak langkah dengan terbabit dalam bidang perniagaan.

Pelakon filem KL Gangster ini muncul dengan koleksi pakaian ‘street wear’ menerusi jenama Hombre 21 yang mana ia satu lagi usaha ke arah membina empayar perniagaan dan mengukuhkan jenamanya dirinya.
 
Menurut Aaron, Hombre adalah perkataan yang diambil dari bahasa Sepanyol yang membawa maksud semangat persaudaraan atau ‘brotherhood’.
 
“Kalau ikutkan koleksi pakaian ini sudah dijual di Singapura. Selepas pemiliknya iaitu Azhar Sulaiman menjadi rakan perniagaan saya, itu yang ambil keputusan untuk pasarkan di sini pula. Saya mahu jenama Hombre ini menjadi pilihan masyarakat dan terkenal seperti kebanyakan jenama ‘street wear’ lain.
 
“Didatangkan dengan jaminan kualiti terbaik, saya yakin koleksi ini mampu memberi kepuasan kepada sesiapa saja yang memakai dan memilikinya. Dari segi harga pula, ia cukup berbaloi dengan rekaan dan kualiti yang ada iaitu RM100++,” katanya.
 
Menariknya, koleksi Hombre 21 itu didatangkan dengan lima rekaan dengan setiap daripadanya menceritakan kisah dan perjalanan hidup Aaron dari dulu sehingga sekarang.


 
Aaron menggambarkan bagaimana kehidupan silamnya ketika di zaman remaja yang dianggap sebagai zaman jahiliah sebelum menemui titik cahaya yang akhirnya menyinari hidupnya sehingga kini bersama isteri dan tiga anak tercinta.
 
“Setiap manusia ada masa silam dan gemilang. Ada yang untuk kebaikan, ada juga sebaliknya. Untuk saya, apa boleh dikatakan adalah masa silam yang penuh keperitan atau boleh dikatakan zaman jahiliah. Malah, saya akui pernah beberapa kali melampaui batas dan akhirnya mendapat balasan.
 
“Pelbagai cabaran dan dugaan perlu dilalui sebelum saya berjaya keluar dari kegelapan itu. Namun, itu semua yang mendewasakan dan mematangkan diri. Walaupun ada ketika dipandang hina, tapi saya percaya keadaan kita tak selamanya di bawah jika ada rasa ingin berubah. Itulah yang saya buat sehingga berada pada tahap sekarang. Betul, nak menjadi baik bukan senang. Tapi, bagi saya paling penting adalah pegangan diri perlu kuat selain saya sentiasa berfikiran positif.
 
“Jadi, kesemua koleksi ini sangat istimewa dan mempunyai nilai tersendiri. Saya mahu setiap orang memilikinya dan menjadikan ia koleksi peribadi. Mungkin ada antara mereka juga mempunyai cerita sama seperti saya,” katanya.
 
Bukan sahaja bersifat ‘street wear’, koleksi Hombre 21 ini juga memiliki rekaan Islamik sekali gus menjadikan ia berbeza daripada rekaan jenama lain.
 
“Macam saya katakan, setiap koleksi mempunyai cerita tersendiri. Malah, dalam rekaan juga ada ciri khas yang bukan saja memberi keselesaan tapi juga sedap mata memandang. Kesemua koleksi Hombre 21 boleh didapati di laman web www.hombre21.store ,” katanya.
 
Dalam masa sama, Aaron juga terbabit dalam penggambaran drama Undercover terbitan Skop Production juga untuk tayangan TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Oct 2021

‘Real Life’ Squid Game di Abu Dhabi… Biar Betul?

Siapa sahaja yang tidak tahu dengan drama bersiri popular Squid Game yang berasal dari Korea Selatan. Cerita yang menayangkan tentang cabaran-cabaran yang boleh membawa kepada kematian ini telah menarik lebih dari 100 juta penonton. Kini, […]

Hiburan Thu, 19 Feb 2026

Kamal Adli Terlepas Sahur, Akui Sukar Lalui Ramadan Seorang Diri – “Sebelum Ni Selalu Dikejut” 

Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, tidak sedar ‘alarm’ telefonnya berbunyi. 

Trending Thu, 10 May 2018

极似黑武士披风! IKEA「暗黑雨衣」来了

IKEA身为家具龙头,近期疯狂与众多潮流品牌推出联名商品,如Off-White、STAMPD等,除了家具IKEA也推出联名服饰,全新的尝试令人耳目一新。

Featured Thu, 28 Aug 2025

Siti Hariesa Nafi ‘Anak Emas’ TV3 – “Ini Adalah Rezeki Saya”

Katanya, tidak wujud dakwaan sebegitu kerana dia juga bermula daripada program pencarian DFKL 2019.

Featured Wed, 20 Oct 2021

Gara-gara Cemburu, Lelaki Bunuh Anak Tiri

Seorang lelaki yang dikatakan cemburu bertindak membunuh bekas anak tirinya yang berlaku di Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, Indonesia. Kejadian tersebut difahamkan telah berlaku sedikit pertelingkahan antara suspek dan bekas anak tirinya. Sebelum dibunuh, mangsa ada […]

Featured Fri, 13 Dec 2024
Trending Thu, 18 Aug 2022

Nabila Huda Dedah Terdapat Parut Pada Paru-Paru Akibat Covid-19

Beberapa minggu lalu, Nabila Huda telah membuat pendedahan bahawa dirinya mengalami pelupa dengan setiap perkara yang dilakukannya. Nabila atau lebih gemar disapa Abil, juga risau akan kerjaya seninya sekiranya masalah tersebut akan menjejaskan aktiviti lakonannya […]

error: Content is protected !!