Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 15, 2026 @ 5:58pm

Belajar Mandarin Sambil Rebut Hadiah Tunai, Tonton Perkenal Kempen ‘Tonton Ajar Mandarin’

Platform penstriman Tonton memperkenalkan kempen baharu Tonton Ajar Mandarin, satu inisiatif yang menggabungkan hiburan dan pembelajaran bahasa dalam pengalaman yang lebih interaktif untuk pengguna.

Kempen ini turut memberi peluang kepada penonton meneroka lebih banyak kandungan bahasa Cina berkualiti, sekali gus mengukuhkan usaha Tonton menyediakan hiburan yang lebih inklusif dengan pilihan kandungan yang lebih pelbagai.

Menerusi kerjasama strategik bersama Inter-Cultural Language School (ICLS), Tonton menawarkan pengalaman pembelajaran Mandarin secara eksklusif, termasuk kelas percubaan percuma secara virtual yang boleh ditebus melalui Tonton Rewards.

Dengan langganan TontonUp bermula RM9.90 sebulan, pelanggan bukan sahaja boleh menonton kandungan premium, malah boleh mendapatkan akses kepada sesi pembelajaran selama satu jam yang dikendalikan tenaga pengajar profesional ICLS melalui aplikasi Zoom.

Kelas tersebut menggunakan pendekatan santai dengan silibus yang memanfaatkan frasa harian dan dialog daripada klip drama Cina terpilih di Tonton bagi membantu peserta meningkatkan kemahiran bertutur serta memahami konteks penggunaan bahasa.

Pelanggan yang mendaftar kursus bahasa di ICLS turut menikmati pengecualian yuran pendaftaran RM50, selain berpeluang menebus baucar Baskin Robbins dan Pizza Hut menerusi Tonton Rewards.

Selain itu, kempen ini turut menawarkan pertandingan khas dengan jumlah hadiah wang tunai keseluruhan RM800. Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu melanggan Tonton, menebus kelas percubaan melalui Tonton Rewards dan menghadiri kelas berkenaan. Hadiah tempat pertama bernilai RM500, diikuti tempat kedua RM200 dan tempat ketiga RM100.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Mar 2024

Kongsi Video Di IG, Aliff Aziz & Ruhainies Tunai Umrah Bersama?

Alhamdulillah, rezeki tunai umrah di bulan Ramadan😎

Trending Thu, 18 Mar 2021

Berhentikan Sekolah Antarabangsa, Anak-Anak Fazley Selesa Belajar Dari Rumah

Cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, mengakui dia menghentikan persekolahan tiga anak lelakinya di sebuah sekolah antarabangsa semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan awal tahun ini. Kini, Ahmad Fariedz Shah, 13; Ahmad […]

Trending Thu, 25 Feb 2021
Trending Thu, 19 Mar 2020

COVID-19: Prihatin Terhadap Kakitangan, Media Prima Mula Pelan Tindak Balas Perintah Kawalan Pergerakan

Kerjasama dan keprihatinan majikan dengan kakitangan amat penting dalam situasi wabak sebegini.

Hiburan Fri, 28 Oct 2022
Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul! Hanya Strim & Menang Pakej 6H4M Ke Korea!

Kempen Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul hadir sebagai satu inisiatif yang menambah kemeriahan suasana Ramadan

Hiburan Wed, 25 Jun 2025

Saidah Kamarudin Tampil Jawab Tuduhan ‘Kaki Kikis’

Saidah Kamarudin nafi gold digger, dakwa bayar Muntazar Ghufran

error: Content is protected !!