Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 11, 2026 @ 4:29am

Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul! Hanya Strim & Menang Pakej 6H4M Ke Korea!

Sempena Ramadan yang penuh makna, platform penstriman Tonton tampil dengan sebuah kempen istimewa yang menggabungkan hiburan dan ganjaran menarik buat para penonton.

Berlangsung dari 4 Mac hingga 19 Mac 2026, kempen Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul hadir sebagai satu inisiatif yang menambah kemeriahan suasana Ramadan, khususnya buat mereka yang gemar meluangkan masa santai bersama keluarga sambil menonton drama atau siri kegemaran.

Sama ada selepas berbuka puasa atau menjelang waktu sahur, kempen ini dilihat sebagai pelengkap kepada momen rehat di rumah dengan sajian pelbagai kandungan menarik yang boleh distrim sepanjang tempoh berkenaan. Lebih istimewa, setiap tontonan yang dibuat bukan sahaja menjanjikan pengalaman hiburan yang mendebarkan, malah turut membuka peluang kepada pengguna untuk membawa pulang hadiah lumayan.

Sepanjang kempen berlangsung, pengguna berpeluang menikmati pelbagai judul bergenre thriller serta pilihan Tonton Original Series yang sarat dengan elemen suspen, misteri dan jalan cerita yang tidak dijangka. Setiap sesi tontonan juga akan memaparkan markah pengguna, sekali gus menjadikan pengalaman menonton lebih interaktif dan mengujakan.

Bagi yang ingin menyertai kempen ini, caranya cukup mudah. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang tertera pada poster atau melayari laman web rasmi sebelum klik pada butang “Log Masuk” atau “Langgan Sekarang”. Selepas itu, pengguna boleh log masuk menggunakan akaun Tonton sedia ada atau mendaftar akaun baharu, kemudian menonton mana-mana filem atau siri yang tersenarai dalam Hantu Puasa Special Checklist.

Setiap tontonan yang memenuhi syarat akan direkodkan secara automatik dan menyumbang kepada kedudukan peserta di leaderboard. Pengumuman pemenang pula akan dibuat menerusi media sosial rasmi Tonton atau e-mel berdaftar.

Sebagai tarikan utama kempen ini, seorang pemenang bertuah akan membawa pulang pakej percutian 6 hari 4 malam ke Korea Selatan. Lebih menarik, pemenang turut berpeluang membawa seorang teman sebagai peneman sepanjang percutian tersebut. Ditaja oleh Ikhlas.com, hadiah berkenaan merangkumi tiket penerbangan pergi balik, penginapan serta pengalaman terpilih di Seoul.

Kempen ini sekali gus menawarkan sesuatu yang berbeza buat penonton sepanjang Ramadan, apabila setiap tontonan bukan hanya menjadi hiburan semata-mata tetapi juga peluang untuk mencipta pengalaman baharu yang sukar dilupakan.

Jangan tunggu saat akhir kerana tempoh penyertaan hanya sehingga 19 Mac 2026! Layari laman web rasmi dan mula strim sekarang kerana setiap tontonan bukan sahaja menghangatkan malam Ramadan anda, malah membawa anda selangkah lebih dekat ke destinasi impian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 21 Jul 2020
Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Siti Sarah Masuk Hospital Selepas Shuib Undur Diri Dari Sinar FM

Siti Sarah Raisuddin yang dikejarkan ke hospital malam tadi akibat tekanan darah rendah turut mencuri tumpuan para peminat pelawak popular tersebut.

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] Neelofa Kongsi Pesanan Tentang Persiapan Diri Sebelum Berkahwin – “Dalami Ilmu Rumah Tangga & Ikut Saranan Agama, Maka Percayalah….”

Deepnyaaaa 🥲🥲 Keberkatan dalam perkahwinan tak semua dapat kan 😣 Buat yang bakal berkahwin, boleh la bersiap sedia dan dengar pesanan Lofa ni ☺️☺️

Trending Sat, 14 Apr 2018

Jom Balik Mengundi, Air Asia Tawar Tambang Murah!

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, tambang sehala bagi laluan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak ditetapkan pada harga RM99.

Hiburan Sun, 20 Jan 2019

Betty Rahmad Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Tahniah!

Alhamdulillah…Tahniah Betty dan Ardy!

Hiburan Thu, 4 Jul 2019
Trending Sat, 1 Aug 2020
Events Tue, 23 Oct 2018

Startupper of the Year Challenge to Support Young Malaysian Entrepreneurs

We have so many talents who deserve the award!

error: Content is protected !!