Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir October 28, 2022 @ 5:09pm

Nyanyian Lama Dikecam Teruk, Nuha Bahrin Menangis Keluarga Terkesan – “Saya Merayu Pada Mereka Supaya…”

Penyanyi Nuha Bahrin tidak dapat menahan air mata apabila teringat kembali kecaman yang diterima sewaktu video nyanyiannya tular ketika menyertai program Vokal Mania.

Mengulas mengenai video lama nyanyiannya yang kembali tular, Nuha mengalirkan air mata serta mengakui sedikit sebanyak perkara itu memberi kesan terhadap dirinya dan keluarga.

Menurutnya, ahli keluarga terutama sekali ibunya sangat terkesan apabila melihat dirinya kerap menjadi mangsa buli netizen.

“Bagi saya kalau anda ingin memburukkan saya, saya tak kisah. Tapi apabila dah melibatkan keluarga, itu sangat melukakan hati saya.

“Saya merayu pada mereka supaya tidak membaca semua komen negatif tersebut. Saya kesian dekat ibu bapa sebab mereka tak sepatutnya merasai kesakitan ini.

“Kepada yang memberi sokongan hingga ke hari ini, saya berterima kasih sangat-sangat,” katanya.

Nuha ditemui semasa majlis kesyukuran lagu Casablanca yang diadakan di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, semalam.

Namun, Nuha mengambil kecaman dan kritikan secara positif dan menganggapnya sebagai peringatan untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Bagi saya tu adalah salah satu peringatan kepada saya apabila orang tularkan semula video tu supaya tak buat kesilapan yang sama.

“Alhamdulillah saya rasa nyanyian saya bertambah baik. Mungkin tidak sesedap orang sangkakan tapi tak apa saya ada banyak masa lagi untuk belajar,” ujarnya.

Terdahulu, Nuha dikecam dan dilabel sebagai perosak lagu kerana menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir milik Datuk Jamal Abdillah dengan gaya tersendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kris Wu Signs with Universal Music Group!

Does this mean we can expect even more songs from him soon?

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Trending Fri, 16 Oct 2020
Featured Thu, 1 Sep 2022

Netizen Sangsi Dengan Percutian Mewah, Ini Respons Hairul Azreen

Bagus ada mindset macam tu! Semoga dimurahkan rezeki Hairul dan keluarga.

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

“Nak Ambil Semangat Dia Untuk AJL” – Wani Kayrie Akui Terpukau Lihat Persembahan Anggrek Bawa Lagu Cak Cak Cekuk

Wani mengakui persembahan Anggrek yang berusia sembilan tahun memberi inspirasi kepadanya untuk membawa semangat kanak-kanak itu ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40)

Featured Tue, 5 Jul 2022
Hiburan Fri, 19 Jun 2026

“Masa Kahwin Pun Tak Peduli, Dah Cerai Lagi Lepas Tangan” – Abby Abadi Luah Realiti Ramai Ibu Terpaksa Hadap

Menurut Abby, soal nafkah anak bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana setiap tanggungjawab yang diabaikan akan dipersoalkan kelak.

Kisah Viral Mon, 3 Mar 2025

“Susah Mana Perjalanan Anda Nak Jadi Baik, Jagalah Sembahyang… Kerana Solat Itu Tiang Agama”- Amira Othman

“Saya memang tak baik, saya penuh dengan dosa. Tapi, saya berpegang kepada solat”- Amira Othman

error: Content is protected !!