Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 19, 2026 @ 11:32am

“Masa Kahwin Pun Tak Peduli, Dah Cerai Lagi Lepas Tangan” – Abby Abadi Luah Realiti Ramai Ibu Terpaksa Hadap

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berpendapat golongan ibu sering menjadi tempat bergantung buat anak-anak terutama selepas berlakunya perceraian apabila ada segelintir bapa yang didakwa mengabaikan tanggungjawab mereka.

Menerusi perkongsian di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, berkata, tidak semua bapa bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hak penjagaan anak selepas rumah tangga berakhir.

“Masa dalam perkahwinan pun ada jenis yang tak heran pun nak jaga anak-anak. Dah bererai lagilah lepas tangan.

“Langsung tak tunjuk minat pun nak rebut hak penjagaan. Jadi ibulah harapan anak-anak,” katanya.

Bagaimanapun, Abby mengakui terdapat juga golongan bapa yang mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik selepas perceraian.

“Tapi ada saja yang bapa jaga lepas cerai, okay juga, Alhamdulillah,” katanya.

Dalam masa sama, Abby turut berkongsi pandangannya mengenai satu situasi yang pernah berlaku apabila anak yang diserahkan kepada bapa akhirnya dijaga oleh pihak lain sehingga menimbulkan masalah.

“Ada kes terbaru, yang mak penat jaga serah bagi bapa pula jaga. Bapa sibuk, bagi nenek jaga, atuk pula atuk tiri, buat onar pula. Ibu juga harapan anak-anak sebenarnya,” katanya.

Menurut Abby, soal nafkah anak bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana setiap tanggungjawab yang diabaikan akan dipersoalkan kelak.

“Nafkah tu tak selesai di dunia, di akhirat pasti kena menjawab juga,” katanya.

Abby berkata demikian ketika membalas pertanyaan seorang individu mengenai mengapa dalam sesetengah kes selepas perceraian, anak tidak diserahkan kepada bapa untuk dijaga sepenuhnya supaya isu nafkah tertunggak tidak lagi timbul.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Dedah ‘Bride Assistant’ Kiki Pernah Jadi Pekerja, Dakwa Minta Pinjam Wang Beribu-Ribu Bayar Ahlong

Artikel Berkaitan: 22 Tahun Menanti, Abby Abadi Lega Norman Hakim Selesai Bayar Mas Kahwin Tertunggak – “Panjang Lagi Ceritanya, Masih Ada Tuntutan Nafkah Anak-Anak Untuk 18 Tahun”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Nov 2021

Catat Sejarah Tersendiri! ABPBH 34 Cipta Rekod Undian Tertinggi Dalam Sejarah, Capai 4.4 Juta Penonton

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang melabuhkan tirai di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, pada 13 November lalu, mencipta sejarah apabila sebanyak 356,304,981 undi diterima sepanjang tempoh kempen undian selama […]

Featured Wed, 16 Mar 2022
Hiburan Wed, 12 Dec 2018

《比悲伤》哭出一片天!坐稳今年台湾电影票房冠军

《比悲伤更悲伤的故事》上映第11天截止,全台票房累积约1.35亿台币,成为今年「最卖的台湾电影」!

Hiburan Thu, 18 May 2023
Featured Fri, 9 Dec 2022
Trending Fri, 11 Dec 2020
error: Content is protected !!