Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 12, 2026 @ 12:01pm

Abby Abadi Dedah ‘Bride Assistant’ Kiki Pernah Jadi Pekerja, Dakwa Minta Pinjam Wang Beribu-Ribu Bayar Ahlong

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mendedahkan wanita dikenali sebagai Kiki yang tular baru-baru ini susulan dakwaan mencuri ketika bekerja sebagai pembantu pengantin (bride assistant), pernah menjadi pekerjanya suatu ketika dahulu.

Menurut Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyaj Abdul Manan, berkata dia hanya menyedari perkara itu selepas diingatkan oleh seorang kenalan sebelum membuat semakan semula terhadap rekod pekerjanya.

“Sana sini viral macam-macam isu kan? Salah satunya pasal bridal assistant yang panjang tangan tu.

“Tiba-tiba ada kawan ingatkan saya yang Kiki tu pernah kerja dengan saya,” katanya.

Abby berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya yang turut memaparkan tangkapan skrin memaparkan bisnes WhatsApp dipercayai membabitkan wanita berkenaan.

Menurut Abby, wanita itu pernah bekerja sebagai pentadbir (admin) di bawahnya, namun tempoh perkhidmatannya tidak lama.

“Saya periksa balik, eh yelah, pernah jadi admin saya. Tapi sekejap jelah, tak sampai sebulan kot,” katanya.

Dalam masa sama, Abby turut mendakwa antara sebab wanita berkenaan tidak lagi bekerja dengannya adalah kerana pelbagai ragam yang ditunjukkan, termasuk pernah meminta untuk meminjam wang dalam jumlah besar.

“Sebab macam-macam ragamnya. Paling seram nak pinjam duit nak bayar hutang ahlong.

“Nasib saya tak bagi. Bukan sikit, beribu-ribu ye.

“Saya dah trauma dengan macam-macam kes,” katanya.

Perkongsian Abby itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut dengan pendedahan berkenaan, selain mempersoalkan tindakan wanita terbabit yang didakwa berani meminta pinjaman wang dalam jumlah yang besar.

Terdahulu, nama Kiki menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia didakwa terbabit dalam beberapa kes kehilangan barangan milik pelanggan ketika menjalankan tugas sebagai pembantu pengantin.

Dakwaan tersebut bagaimanapun terus menjadi perhatian ramai apabila semakin banyak individu tampil berkongsi pengalaman masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 30 Dec 2022

Muat Naik Video Bermain, Ramai Geram Lihat Bilal Anak Neelofa – “Masya-Allah, Tangan Ke Roti Tu?”

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memuat naik perkongsian di laman Instagramnya yang menunjukkan anaknya, Muhammad Bilal sedang bermain. Menerusi hantaran tersebut, Bilal yang duduk bersila sedang bermain bola kecil dan bersemangat memasukkan bola tersebut di […]

FESYEN Fri, 13 Jul 2018

Ini Komen Bella Dally Dilabel Sama Standard Dengan Pengasuh Anak Che Ta

Bella Dally dilihat memakai baju yang sama seperti baju pengasuh anak kesayangan Che Ta,  Aaisyah Dhia Rana. Kedua-duanya dilihat memakai baju tersebut dalam sebuah majlis yang sama

Hiburan Sun, 2 Nov 2025

Gusar Keterbukaan Timbulkan Rasa Kurang Senang, Nora Danish Mahu Jaga Privasi

Nora Danish bimbang sekiranya hubungan yang sedang terjalin itu tidak berjalan seperti yang diharapkan ramai.

Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Tukar Angin, Black Mahu Jadi Penyanyi Nasyid?

Black pernah menghasilkan lagu berkonsep kerohaniaan bersama kumpulan Rabbani sebelum ini. Semoga dipermudahkan, Black!

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Sebelum Bersara, Jatt Ali Teringin Nak…

Kalau ada rezeki untuk saya, Alhamdulillah…

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

SHINee’s Minho Will Be Enlisting into the Military in April!

Fans are excited to see Minho serving the country.

Contest Tue, 6 Sep 2022
error: Content is protected !!