Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 30, 2021 @ 7:58pm

Catat Sejarah Tersendiri! ABPBH 34 Cipta Rekod Undian Tertinggi Dalam Sejarah, Capai 4.4 Juta Penonton

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang melabuhkan tirai di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, pada 13 November lalu, mencipta sejarah apabila sebanyak 356,304,981 undi diterima sepanjang tempoh kempen undian selama 46 hari, suatu pencapaian tertinggi sejak lebih tiga dekad acara anugerah pilihan peminat ini dianjurkan.

Statistik diperoleh daripada Rev Media Group (RMG) iaitu pengendali laman web rasmi ABPB34, www.abpbh.com.my, melalui undian daripada peminat dalam 14 kategori utama dan enam kategori online. Laman web ini mencatatkan jumlah halaman dilihat (page views) sebanyak 16,440,800.

Rekod baharu ini mengatasi jumlah undian yang diterima pada ABPBH 33 tahun lepas iaitu 174,745,345 undi.

Dalam pada itu, ABPBH34 yang bersiaran secara langsung telah mencapai 4.4 juta penonton dan 34% syer penonton (sumber: Nielsen), meraih tontonan lebih 460,000 di penstriman langsung Karpet Merah dan Malam Kemuncak di platform YouTube TV9, TV3, Tonton dan BH sepanjang siaran langsung tersebut.

Sehingga 22 November 2021, acara itu telah menerima tontonan hampir 800,000 di semua platform.

ABPBH34 yang turut disiarkan di platform TikTok juga mendapat tontonan serentak tertinggi hampir 10,000 penonton dengan jumlah tontonan mencecah 350,000 tontonan.

Manakala tanda pagar #ABPBH34 turut menduduki carta topik tular di platform Twitter apabila meraih lebih 35,000 ciapan sepanjang siaran langsung acara tersebut. (sumber: SproutSocial, Tonton, TikTok & YouTube).

Kempen undian ABPBH34 dilancarkan mulai jam 12 tengah hari pada 10 September 2021 sehingga 3 Oktober 2021, iaitu bagi peringkat pencalonan awal Top 20, disusuli undian pusingan akhir, Top 5 mulai 10 Oktober hingga 31 Oktober 2021.

Bertemakan #KITABERSAMA, ABPBH 34 yang dibawakan oleh penaja utama, Xiaomi juga menyaksikan rekod baharu dicipta apabila Janna Nick yang merangkul trofi Bintang Paling Popular, memperoleh 86,374,777 undi.

Janna yang mula menceburkan diri dalam dunia seni sejak sembilan tahun lalu, mengumpul undian tertinggi dalam sejarah penganjuran ABPBH, menewaskan calon ‘favourite’ seperti Haqiem Rusli, Siti Nordiana, Khai Bahar, Siti Saleha dan Ben Amir.

Selain trofi utama, pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah popular berusia 26 tahun ini membolot trofi Pelakon Filem Wanita Popular mengetepikan empat calon lain iaitu Sherry Alhadad, Nelydia Senrose, Zahirah MacWilson dan Aprena Manrose.

Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner turut memenangi trofi Pengacara TV Popular menewaskan Azira Shafinaz, Mira Filzah, Sherry dan Jihan Muse.

Pada ABPBH33, Haqiem terpilih sebagai Bintang Paling Popular. Penyanyi, komposer dan penulis lirik berusia 22 tahun itu memperoleh 22,332,676 undi.

Selain trofi utama, Haqiem memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia yang menyaksikan penyanyi itu memecah dominasi Khai Bahar yang tiga tahun berturut-turut memegang takhta itu. Haqiem juga mengungguli kategori Lagu Paling Boom Popular dengan single Lembah Kesepian.

Pada ABPBH34, peminat boleh mengundi artis kesayangan dalam 14 kategori utama dan enam kategori online melalui lapan kaedah termasuk enam cara mengundi bersama penaja utama ABPB34, Xiaomi.

Kaedah undian secara percuma melalui laman web rasmi ABPBH34, iaitu www.abpbh.com.my; undian melalui langganan akhbar BH cetak dan digital, selain enam kaedah undian bersama Xiaomi.

Peningkatan tertinggi jumlah undian diterima, menunjukkan peminat menggunakan pelbagai cara dan platform untuk mengundi selebriti kegemaran mereka pada edisi ABPBH kali ini.

Dalam hal ini, jumlah undian tertentu ditetapkan bagi setiap cara mengundi dan jumlah undian, menjadikan ia tidak bersamaan dengan bilangan pengundi.

Peminat juga boleh mengundi beberapa kali untuk cara undian yang sama dalam tempoh kempen mengundi kerana tiada had ditetapkan.

Semua terma dan syarat undian dipaparkan dalam laman web rasmi www.abpbh.com.my dan media sosial BH dan TV3 selaku penyiar rasmi sebaik ABPBH 34 dilancarkan pada 10 September lalu.

ABPBH 34 yang dikendalikan mengikut amalan norma baharu dan mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk industri kreatif dan tiada penonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Dec 2017

《屿你同在》赈灾活动 善款总额突破10万零吉

大马创作才子伍家辉和歌手Victor 李俊颉早前因家乡槟城水灾而发起的『屿你同在』赈灾活动,在短短的一个月内所筹获的善款突破10万零吉!

Featured Fri, 3 Jun 2022

“Rezeki Saya Adalah Rezeki Anak-Anak Juga” – Chef Wan Hadiahkan 10,000 Sempena Hari Lahir Serina

Bestnya dapat hadiah birthday 😍 Chef Wan memang bapa yang baik walaupun suka bebel 🤣

Hiburan Sun, 31 Dec 2023

Bukan Senang Nak Istiqamah, Umie Aida Ingatkan Artis Jangan Tinggalkan Akhirat – “Kalau Fokus Indusri Sahaja, Kita Goyang”

Terima kasih Datin Seri Umie Aida buka peluang kita beramal dan mencari ilmu melalui Musollah Aisya, Alhamdulillah🤲🏻

Trending Sun, 11 Mar 2018

Top 8 Craziest Things Malaysian Kids Used to Do When Our Parents Weren’t Home

When our parents are not at home, we kids rule the house!

Filem Wed, 27 May 2026

Filem Konspirasi Angkat Dunia Gelap Politik, Rasuah & Pengkhianatan Dalam Misi Berisiko Tinggi

Diarahkan Ghaz Abu Bakar, Konspirasi menggabungkan elemen aksi, siasatan siber dan konflik politik dalam sebuah naskhah yang membawa penonton menyelami sisi gelap dunia kuasa dan manipulasi.

Featured Thu, 24 Nov 2022
Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Tue, 3 Dec 2024

“Tolong Jangan Minta Maaf Kerana Gunakan Media Sosial Untuk Luah Masalah Keganasan Rumah Tangga” – Lisa Surihani

Datin Lisa Surihani menyokong tindakan pelakon yang juga model, Zahnita Wilson susulan isu keganasan rumah tangga yang menimpanya baru-baru ini.

error: Content is protected !!