Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 25, 2022 @ 7:06pm

Kantoi Ada Ladang Mini! Artis Nasyid Ditahan Miliki 17 Pasu Pokok Ganja, Dipercayai Menagih Semenjak 10 Tahun Lalu

Seorang penyanyi nasyid berusia 47 tahun ditahan polis kerana memiliki 17 pasu pokok ganja yang dipercayai ditanamnya semenjak dua bulan lalu di sebuah unit kondominium di Kota Damansara, Petaling Jaya pada jam 5.30 petang semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis turut merampas ketulan mampat ganja seberat 214 gram dan penyanyi yang juga komposer itu ditahan remab selama tujuh hari bermula hari ini.

“Ketulan mampat ganja bernilai RM10,700 itu ditemui di bahagian dapur dalam bekas plastik berwarna biru dan hitam yang diletakkan di atas kabinet dapur.

“Pemeriksaan lanjut di sebelah bahagian dapur rumahnya pula, polis menemui satu almari kain berwarna hitam yang di dalamnya terdapat tiga pasu pokok disyaki ganja,” katanya.

Tambah Fakhrudin, selain itu, polis juga menemui 13 pokok dalam pasu disyaki ganja yang ditempatkan dalam sebuah bilik dan satu pasu yang diletakkan di balkoni kediaman tersebut.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadapnya juga mendapati suspek positif dadah jenis THC (ganja),” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Disyaki Terlibat Kes Dadah, Penyanyi Nasyid Ditahan

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menanam ganja terbabit untuk kegunaan sendiri dan susulan penemuan itu, polis merampas pelbagai alatan penanaman tumbuhan berkenaan antaranya cecair pemusnah serangga, penyukat suhu, lampu pelbagai jenis dan alat pengudaraan.

“Kita percaya suspek tanam sendiri pokok terbabit, namun kita masih menyiasat dari mana benih tanaman itu diperolehnya.

“Kita juga percaya suspek ini sudah terlibat dengan penagihan dadah selama 10 tahun dan dia mempelajari cara menanam pokok terbabit menerusi media sosial.

“Dalam serbuan itu, polis juga merampas kereta milik suspek iaitu Toyota Wish dan wang tunai bernilai RM40,700.

“Nilai keseluruhan rampasan adalah RM61,600 dan suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B, Akta Dadah Berbahaya 1952, yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Sumber & Kredit Foto: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Sharifah Amani Dedah Pengalaman Berlakon?

Ada juga ye yang macam tu?

Featured Thu, 23 Feb 2023
Featured Wed, 4 Jan 2023

Gigih Bantu Cari Shot Cantik, Pasangan Ini Tak Perasan Remy Ishak Yang Tolong Ambil Gambar!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh isteri kepada pelakon Remy Ishak di TikTok yang menunjukkan Remy sedang membantu satu pasangan mengambil gambar di Tasik Cermin, Perak. Menerusi hantaran tersebut, Remy yang berpakaian […]

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Diserang Komen Jahat Netizen, Kang Daniel Umum Berehat Daripada Promosi Album?

Selepas Goo Hara, Sulli dan Ha In, Sekarang Kang Daniel Pulak?

Hiburan Wed, 31 Jul 2019
Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Bapa Tutup Perniagaan, Jual Motorsikal & Kereta Demi Kerjaya Seni, Wafiy Janji Akan Balas Budi

Harapnya tercapai impian Wafi nak balas pengorbanan keluarga✨🫶🏻

#tilljannah Fri, 19 May 2023
Hiburan Thu, 4 Jul 2024
error: Content is protected !!