Hiburan By: Khairil Khusyairi December 21, 2023 @ 3:48pm

Video Sarung Baju Pengantin Bukan Gimik, Ruhainies Cuma Ambil Berkat & Aura – “Saya Memang Nak Kahwin, Tapi…”

Aktres jelita Ruhainies tampil menjelaskan spekulasi yang mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujang baru-baru ini.

Bercakap kepada XTRA, Ruhainies menjelaskan video yang memaparkan dia mengenakan busana pengantin yang tular adalah semata menjadi duta kempen pengantin jenama fesyen terkenal tanah air, FiziWoo.

“Itu bukan gimik, sebenarnya untuk kolaborasi ini memang gunakan tema #SayIDo. Jadi memang #RuhainiesSayIDo.

“Itu bukan perancangan kami pada mulanya, kami tak jangka perkara ini akan jadi perhatian dan tular. Sebab kita promosikan kempen pengantin.

“Saya tak jangka sebenarnya tetapi saya bersyukur sebab nak ambil berkat dan aura itu sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi FiziWoo Bridal RTW 2024, pada Rabu.

Pelakon drama Bintang itu akui ramai yang percaya bahawa dirinya akan mendirikan rumah tangga selepas video tersebut menjadi tular.

“Saya ada juga baca komen, saya juga ada hubungi pereka fesyen Fizi, saya cakap ‘orang ingat I nak kahwinlah’ sebab saya pegang baju pengantin. Tapi mereka katakan tak apa, kita ikut apa sahaja perancangan.

“Ramai yang mesej saya, ada rakan selebriti yang tanya ‘kenapa tak dapat jemputan’. Tapi saya dah beritahu mereka yang saya hanya sekadar duta. Rupanya ramai yang percaya,” katanya.

Disoal apakah tidak mahu tamatkan zaman bujang lagi, ini jawapan tuan empunya badan.

“Saya tak mahu kahwin kerana ikut orang sekeliling, saya nak kahwin bila saya dah bersedia. Sudah tentu saya percayakan pada jodoh, bila dah sampai masanya, kahwinlah.

“Saya memang nak kahwin, tapi bukanlah terdesak sangat. Sekarang ini saya terlalu selesa dengan karier saya. Bila sampai masanya, saya terima saja.

“Saya tak ada letakkan sasaran, saya hanya ikut saja,” ujarnya.

Kongsi Ruhainies lagi, dia tidak akan berkongsi pasangannya di media sosial lagi kerana enggan berasa tertekan lagi soal jodoh.

“Kita tak tahu, mungkin tak sempat bercinta terus kahwin, dah kalau namanya jodoh. Tapi apa yang pasti selepas ini saya takkan kongsi dalam media sosial kekasih saya lagi.

“Selepas ini saya terus kahwin saja. Bila hari perkahwinan itu nanti saya akan kongsikan pada semua.

“Dulu saya pernah kongsi tapi banyak tekanan daripada orang. Saya tak suka begitu. Bila saya tengok rakan selebriti yang terus kahwin tanpa berkongsi lebih tentang pasangan, saya rasa tekanan itu kurang,” tutupnya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman memaparkan Ruhainies teruja mengenakan busana pengantin rekaan jenama fesyen terkenal tanah air, FiziWoo sehingga mendapat pelbagai reaksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja Tengok Busana Pengantin Rekaan ‘Designer’ Terkenal, Ruhainies Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Sat, 6 Oct 2018

‘ Moga Anak-Anak Anggota Bomba Yang Terkorban Baru-Baru Ini…’, Jimmy Shanley Teringat Kisah Lama

8 Ogos 1984, bermulalah saya membesar tanpa kasih sayang seorang insan bergelar ayah… moga anak-anak anggota Bomba yang terkorban baru-baru ini di kawasan yang sama di Puchong membesar menjadi anak-anak yang Soleh.

Trending Wed, 10 Jun 2020
Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Anak Cristiano Ronaldo Tayang Badan Berotot

Anak Cristiano Ronaldo Berusia 7 Tahun Tayang Badan Berotot

Trending Tue, 20 Nov 2018

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Events Wed, 6 Aug 2025
Events Fri, 23 Sep 2022

Suami Belikan Ifa Raziah Barang Kemas Cecah RM100,000 Hadiah Birthday – “Handbang Saya Dah Terlalu Banyak…”

Amboiiii banyaknya handbag, banyaknya emas && banyaknay bodyguard kak Ifa😱

error: Content is protected !!