Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 25, 2024 @ 4:49pm

7 Tahun Tak Beraksi, Ellie Suriaty Teruja Jayakan Teater Andak Bertandak

Pelakon Ellie Suriaty berkongsi keterujaan apabila ditawarkan memegang watak Mak Andak dalam teater Andak Bertandak yang bakal dipentaskan bermula 29 Ogos ini.

Ellie yang kali terakhir terbabit dalam pementasan teater pada tahun 2017 berkata, dia menyukai dengan jalan cerita teater itu yang cukup menghiburkan.

“Saya saya terus terima dan tak fikir panjang sebab saya jatuh cinta dengan konsep cerita teater ini serta sinopsis awal yang diberitahu penerbit, Shawn Amer kepada saya.

“Kemudian ketika saya menghadiri sesi bacaan skrip saya dapat tahu naskhah ini sudah berusia hampir 14 tahun yang mana penulis skrip Andak Bertandak masih lagi bergelar pelajar di universiti.

“Jadi secara tidak langsung skrip ini mempunyai elemen nostalgia kepada penggerak-penggerak teater ini terutama penerbit, pengarah dan penulis skrip yang saling mengenali antara satu sama lain,”’katanya.

Menurut Ellie, antara sebab lain yang menerima tawaran itu kerana naskhah tersebut mengangkat dialek Johor yang jarang diketengahkan.

“Saya suka apabila teater ini bercerita mengenai kehidupan masyarakat di kampung. Malah kebanyakan orang yang bekerja di Kuala Lumpur juga berasal dari negeri lain di Malaysia.

“Dalam masa sama, teater ini juga mengangkat dialek Johor yang memberi cabaran kepada para pelakon kerana dialeknya yang tidak pekat seperti di negeri lain. Johor sangat sukar kerana bahasanya sangat moden.

“Jadi kalau kita tak hati-hati boleh terbawa-bawa ke dialek negeri lain. Jadi saya ambil cabaran ini kerana dialeknya yang tidak mudah untuk dilontarkan,” katanya.

Dalam masa sama, Ellie turut menzahirkan rasa gembira apabila teater itu turut menerapkan elemen muzik tradisional.

Andak Bertandak bakal dipentaskan pada 29, 30, 31 Ogos ini dan 1 September depan di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Pementasan teater Andak Bertandak ini diarahkan oleh Azhar Zainal dan skrip oleh Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Selain Ellie, teater itu turut membariskan pelakon seperti Azhan Rani, Riena Diana, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.

Tiket menyaksikan teater Andak Bertandak sudah dijual secara atas talian di www.cloudjoi.com dengan harga tiket bermula RM65.

Naskhah ini mengisahkan kehidupan keluarga Andak serta masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab yang munasabah.

Dalam pada itu, Ellie mendedahkan bayaran rendah yang diberikan kepada pelakon teater masih wujud sehingga ke hari ini.

Ellie bagaimanapun mengingatkan kepada pelakon baharu yang berdepan situasi itu supaya tidak menjadikan masalah terbabit sebagai satu alasan untuk tidak memberikan persembahan terbaik.

“Pelakon teater mendapat bayaran yang tidak setimpal itu memang benar dan masih berlaku. Tambah pula, sesi latihan memakan masa selama tiga bulan.

“Tetapi seiring dengan peredaran waktu dan pengalaman, bayaran yang diterima sudah semakin setimpal sekarang dan bagusnya untuk kami sebagai permulaan dulu apabila berdepan situasi bayaran tidak setimpal selain komitmen tinggi, ia mengajar kami untuk mencintai seni, berdisiplin dan menghargai ruang pentas serta penonton yang hadir.

“Tiada harga yang setimpal dapat menyamai pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh pembelajaran itu. Jadi saya sarankan kepada pelakon baharu jika kalian mendapat tawaran untuk membintangi pementasan teater, jangan tengok bayaran dahulu tetapi lihat pengalaman yang diterima,” katanya.

Menurut Ellie, dia mengaku bayaran lumayan sememangnya memberi keseronokan kepada pelakon, namun mereka akan terlepas peluang untuk mencintai seni lakonan yang sebenar.

“Kalau dapat bayaran tinggi memang lah seronok, tapi anda akan hilang nikmat kepayahan untuk mencapai sesuatu yang terbaik dalam diri anda.

“Apabila anda lalui ujian ini pada peringkat permulaan, percayalah ia satu didikan untuk memupuk emosi dan kecintaan terhadap sesuatu karya.

“Bagi saya, anda perlu lalui dulu, apabila kalian sudah mencapai tahap 10 tahun kehidupan sebagai anak seni, barulah ketika itu anda layak mendapat bayaran yang setimpal,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Feb 2021
Hiburan Thu, 3 May 2018

“We Made It To Kuala Lumpur” – Dua Lipa Akhirnya Teruja

Teruja!  Ini mungkin antara perasaan peminat-peminat beliau pada ketika ini terhadap penyanyi yang mula menempa nama di pentas antarabangsa melalui lagu New Rules nya. Dua Lipa yang kini berada di Malaysia sempena konsert jelajahnya hari ini […]

Hiburan Thu, 26 Jun 2025

“Saya Maafkan Mereka Yang Aniaya Anak Saya” – Ibu Syed Saddiq

Ibu Syed Saddiq harap pihak menganiaya anaknya akan dapat hidayah

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Akhirnya, Ini Pengarah Filem Biopik Hasmah ‘Bila Deh Bertemu Det’

Tak sabar nak tau siapa pengarah filem biopik Tun Hasmah dan Che Det!

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Konsert Zee Avi + NJWA Tangguh Ke 22 Jun 2019

Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami.  

Trending Thu, 18 Jan 2018

Disangka Dengar Ceramah, Pelajar Juvana Akhirnya Loloskan Diri

Polis memburu tiga penghuni sekolah juvana Teluk Air Tawar yang dipercayai melarikan diri ketika program ceramah harian diadakan

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Kongsi Gambar Rumah Lama, Netizen Kagum Dengan Transformasi Hidup Shuib

Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun, ini lah rumah saya dibesarkan. Air amik tiap-tiap petang pakai baldi,mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,motor takda yang ada cuma basikal.

Trending Wed, 6 Oct 2021

Pendengar Fly FM Boleh Memenangi Sebahagian Daripada RM50,000 Menerusi Fly Watch

Pendengar Fly FM dan aplikasi Audio+ berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada RM50,000 menerusi kempen Fly Watch! Pendengar hanya perlu mengikuti akaun Instagram Fly FM, @flyfm958, muat naik hantaran dengan hashtag #FlyWatch dan anda harus meletakkan […]

error: Content is protected !!