Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 27, 2023 @ 3:02pm

Famili Duo: Nama Tiada Dalam Senarai Playlist Minggu Ini, Sissy Imann & Naim Daniel Tarik Diri?

Program Famili Duo TV3 semakin hangat apabila memasuki minggu ketujuh yang bakal bersiaran Ahad ini.

Terkini, Instagram rasmi TV3 Malaysia berkongsikan playlist lagu setiap peserta untuk minggu ketujuh ini.

Membawakan tema lagenda atau idola, pasangan manakah yang bakal merebut tempat ke peringkat seterusnya di pentas Famili Duo?

Namun, melihat kepada perkongsian tersebut, pasangan sepupu Naim Daniel dan Sissy Imann tidak tersenarai di dalam playlist lagu untuk minggu ini.

Mengikut playlist yang dikeluarkan itu, hanya terdapat enam pasangan sahaja yang akan membuat persembahan dengan lagu pilihan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan ketidakberadaan pasangan tersebut. Malah ada juga yang beranggapan adakah mereka sudah menarik diri dari Famili Duo.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pasangan sepupu tersebut sama ada adakah mereka menarik diri ataupun sebaliknya.

Terdahulu, dalam persaingan minggu keenam, Sissy dan Naim menerima kritikan hebat daripada juri tetap, Mas Idayu malah Sissy juga tidak dapat menahan kecewa sehingga mengalirkan air mata.

Minggu tersebut menyaksikan Sissy bersama sepupunya, penyanyi Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong dan meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Mar 2026

Trending Raya 2026: Ini 18 Iklan Raya Wajib Tonton

Debaran nak sambut Syawal tu makin hari makin terasa! Macam biasa, setiap tahun memang ramai yang tunggu kemunculan iklan atau filem pendek Raya daripada jenama-jenama terkenal tempatan. Bukan sekadar tontonan biasa, ada yang buat kita […]

Hiburan Sat, 3 Feb 2024
Featured Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Faye Lahirkan Anak ‘ADAM50’ Di Kalangan Artis!

Agaknya artis mana yang akan mendahului permohanan pendaftaran secara dalam talian ini  atau memberi laluan sahaja kepada keluarga yang lebih memerlukan?

Trending Wed, 7 Apr 2021

Kebenaran Rentas Negeri, Keputusan Dalam Masa Terdekat – Dr Adham Baba

Jangan selfish, yang lain pun nak balik juga. Jadi sama-sama patuh SOP!

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

Hadiahkan kawan baik RM 5.3 juta tanda terima kasih

Pemberian saguhati ini sebagai tanda terima kasih kerana membantunya membina karier di Hollywood

Featured Tue, 28 Feb 2023

“Jujurnya Saya Takut” – Disangkakan Sakit Gastrik, Zulin Aziz Terpaksa Menjalani Pembedahan Segera

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zulin dan diberi kesembuhan segera

error: Content is protected !!