Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi April 26, 2024 @ 1:19pm

Dolla Akhirnya Beri Respons Pengunduran Syasya, Pihak Pengurusan Maklum Tak Guna Pakai Kontrak Halang Artis Dibawah Naungan Berkahwin

Anggota kumpulan Dolla akhirnya tampil memberikan respon mengenai pengunduran bekas ahli kumpulannya, Syasya Rizal baru-baru ini.

Dolla yang kini dianggotai Tabby, Sabronzo dan Angel itu turut meluahkan rasa gembira dan menghormati keputusan Syasya mendirikan rumah tangga selepas pengunduran tersebut.

Menurut Tabby, dia turut mengakui berasa sedih dengan keputusan pengunduran Syasya itu namun tetap saling menyokong antara satu sama lain.

“Kami bertiga gembira untuk Syasya dan keputusannya untuk berkahwin. Kami hormat dengan keputusan Syasya.

“Pada masa sama, kami juga ada perasaan sedih kerana perubahan ini tetapi kami sebenarnya masih bercakap dan berkawan.

“Kami gembira bersama dan saling menyokong antara satu sama lain,” ujar Dolla kepada pemberita.

Dolla ditemui pada majlis Rumah Terbuka Universal Music Malaysia di sebuah hotel di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Disoal adakah Dolla ada menghadiri majlis pernikahan Syasya baru-baru ini, Tabby turut memaklumkan majlis tersebut dilakukan secara tertutup untuk keluarga terdekat sahaja.

“Majlis pernikahan Syasya dilakukan secara tertutup kerana hanya ada ahli keluarga terdekat.

“Pada masa sama, Sabronzo juga tidak ada di sini ketika itu,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim memaklumkan kontrak Syasya bersama Universal Music Malaysia masih belum tamat.

“Kontrak Syasya bersama Universal Music belum tamat.

“Kami belum tahu perkara itu (lagu solo) kerana ia bergantung kepada perbincangan dengan Syasya mengenai perancangan akan datang.

“Buat masa ini, itulah keputusannya dan kami menghormatinya,” ujarnya.

Tambah Kim Lim, dia menegaskan pihak Universal Music Malaysia tidak mengguna pakai kontrak yang menghalang untuk mana-mana artis naungannya mendirikan rumah tangga.

“Kontrak yang menyatakan tidak boleh berkahwin tidak diguna pakai di Malaysia.

“Saya selalu berkata kontrak adalah kontrak, mereka juga manusia biasa. Kita juga mempunyai budaya berbeza,” jelasnya.

Terdahulu, bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya pada Sabtu lalu.

Teka-teki akhirnya terjawab apabila Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, memuat naik foto bersama suami dalam persalinan serba putih.

Ternyata berita pernikahan tersebut menjadi bualan ramai apabila keputusan tersebut dibuat selepas Syasya berundur daripada kumpulan Dolla dua minggu lalu.

Untuk info, Dolla ditubuhkan pada 2019 selepas Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya digabungkan dalam satu uji bakat pencarian penyanyi wanita baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu ‘Bitter’ Syasya Rizal Buat Keputusan Untuk Kahwin & Tinggalkan Dolla – “Hope It’s Worth It Choosing A Guy Over Fans”

ARTIKEL BERKAITAN: Lerai Spekulasi, Syasya Dolla Sah Nikah… Perkahwinan Antara Faktor Utama Undur Diri Daripada Kumpulan

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Angin, Tiada Ribut… Syasya Undur Diri Dari Dolla

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 31 Jul 2018

Jangan Tahan Kentut Ini Sebabnya..

Kentut yang senyap di panggil silent killer dan ada pula yang kentut macam machine gun. Cuma nak tanya ada ke yang suka tahan kentut

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

BTS Muncul Dengan Kolaborasi Bersama Halsey Dalam ‘Boy With Luv’

Kumpulan idola K-pop terkenal, BTS sekali lagi muncul dengan kolaborasi bersama Halsey berjudul ‘Boy With Luv’, trek tersebut merupakan trek utama dalam album Map Of The Soul: Persona yang bakal dikeluarkan BTS. 

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Penampilan Baru Fouziah Ghous Dapat Pujian Netizen

Menerusi laman Instagram suaminya, @zhafyusof, sekeping gambar yang memperlihatkan penampilan wajah pelakon itu dengan hijab.

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Beauty YouTuber NikkieTutorials Came Out As Transgender

Nikkie, or Nikkie De Jager revealed the truth after she claimed to have been blackmailed.

Hiburan Sun, 13 Oct 2019
Replicated Draft Fri, 8 Mar 2024

Sambil Shopping Raya Pun Boleh Jana Pendapatan Sampingan Dengan GM Klang. Bestnya!

Menjelang bulan Ramadhan mesti ramai yang dah merancang nak buat persiapan untuk raya betul tak? Takut nanti dah mula berpuasa tak larat nak beriya sangat shopping kan?. Buat korang yang dah mula tercari-cari tempat untuk […]

error: Content is protected !!