Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 8, 2024 @ 5:30pm

Tiada Angin, Tiada Ribut… Syasya Undur Diri Dari Dolla

Syarikat rakaman Universal Music Malaysia tampil mengumumkan pengunduran diri salah seorang ahli kumpulan Dolla, Syasya, sebentar tadi.

Berita mengejutkan itu telah dikongsikan oleh pihak Universal Music menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam kenyataan tersebut, pengunduran diri itu dilakukan atas sebab peribadi namun menghormati pendirian ahli anggota kumpulan itu

“Kami, Universal Music Malaysia, ingin mengumumkan bahawa ahli kumpulan Dolla, iaitu Syasya, telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut di atas sebab peribadi.

“Walaupun kami berasa berat hati untuk menerima keputusan Syasya, pihak kami tetap menghormati pendirian beliau dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Syasya.

“Sementara itu, kami tetap komited untuk menyokong tiga lagi ahli kumpulan Dolla iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby, dalam meneruskan perjuangan seni buat peminat di dalam dan luar negara.

“Pihak kami telahpun membuat pelbagai perancangan untuk memastikan Dolla menempah nama di persada muzik Asia Tenggara, dan kami tetap akan meneruskan perancangan tersebut.

“Kami amat menghargai segala sokongan yang telah diterima oleh Dolla selama empat tahun sejak kemunculan mereka di persada seni, dan berharap peminat dan pihak media akan terus memberi sokongan penuh terhadap kerjaya Dolla,” kata Universal dalam sebuah kenyataan.

Selain Syasya, kumpulan Dolla turut dianggotai oleh, Sabronzo, Tabby dan Angel.

Dalam perkongsian lain, ahli anggota yang lain turut menjelaskan hubungan mereka berempat masih erat dan akan sentiasa memberikan sokongan kepada sahabat mereka, Syasya.

“Kami sedar yang ketiadaan Syasya baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan anda semua. Dengan hati yang berat, kami ingin mengumumkan yang Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli Dolla di atas sebab peribadi.

“Hubungan kami berempat sangat erat – kami masih menganggap Syasya sebagai adik kami, dan kami akan terus memberikan sokongan terhadapnya.

“Kami tetap akan memberikan komitmen yang penuh untuk teruskan perjalanan Dolla, dan terus berusaha untuk berkan yang terbaik untuk peminat dan rakan media yang telah menyokong Dolla selama ini.

“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan penghargaan kami terhadap sokongan anda sema sepanjang kerjaya Dolla setakat ini, serta kata-kata semangat untuk kami kekal berjuang. Kami berharap kami akan tetap melangkah jauh di perjalanan kami bersama. We love you always,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DOLLA (@dolla.official)

Untuk info, kumpulan itu telah ditubuhkan pada tahun 2020dan terkenal menerusi lagu Dolla Make You Wanna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Dec 2022

[VIDEO] Anak Staff Hafiz Mahamad Kena Gangguan Seksual Di Taska, Doktor Sahkan Ada Kesan Di Kemaluan – “Cikgu Masuk Dalam B****t”

Astarghfirullahalazim! Ya allah, kejamnya manusia perangai macam ni 😭😭 Kesian budak kecil lagi dah trauma 😭😭

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Takde Tonton, Tak Nak Kawan! Tracie Sinidol & Jazmy Juma Dipilih Sebagai Wajah Baharu Tonton

Tracie Sinidol dan Jazmy Juma kini bergelar wajah baharu Tonton!

Hiburan Mon, 19 Feb 2024

“Penakut!” – Keselamatan Keluarga Terancam, Zed Zaidi Terima Ugutan Suruh Letak Jawatan! Seru Pelaku Tampil Bersemuka

Allahuakbar, kalau dah melibatkan keluarga sekali memang risau! Semoga semua baik baik saja

Featured Fri, 4 Nov 2022
Trending Wed, 8 Aug 2018

「动漫英雄人物」日常都在做什么?摄影师以镜头偷窥

动漫英雄人物日常都在做什么?摄影师以镜头「偷窥」揭发他们惊人的另一面!

Hiburan Fri, 27 Mar 2026
Featured Mon, 9 May 2022

“Lebih Tragis Ada Yang Kata Saya Masih Nak Kan Norman” – Sambut Hari Raya Bersama, Abby Abadi Minta Netizen Bersihkan Hati

Lahhh, macam tu pula.. Keluarga mereka ni lah patut dicontohi, tak pernah bermasam muka..

error: Content is protected !!