Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 27, 2024 @ 1:10pm

‘Mengandung Anggur’, Siti Jamumall Reda… Jalani Pembedahan Cuci Kandungan – “Tak Ada Rezeki, Allah Bagi Pinjam Sekejap”

Pempengaruh, Siti Jamumall berkongsi berita duka selepas doktor mengesahkan dirinya hamil anggur atau lebih dikenali sebagai ‘molar pregancy’.

Menerusi perkongsian di TikTok, Siti memuat naik video mengejutkan suaminya, Aiman Tak Kesah mengenai berita kehamilannya yang ketika itu kandungannya berusia tiga minggu.

Bagaimanapun, Siti reda apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata bersama Aiman tidak kesampaian dan kini terpaksa menjalani pembedahan mencuci kandungan.

“Tak ada rezeki, kena gugurkan kandungan. Allah bagi pinjam sekejap. Doakan semoga semuanya selamat. Kena jalani pembedahan untuk cuci kandungan, takut tapi kena kuat.

“Plan nak sorokkan dulu sampai baby besar, tapi tak kesampaian. Tak ada rezeki. Doktor kata saya mengandung anggur,” tulisnya.

Siti Jamumall

Menerusi ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya berharap agar pasangan itu kekal tabah atas ujian yang menimpa mereka.

Siti Jamumall

Terdahulu Pada 1 Jun lalu, Siti memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aiman Tak Kesah atau nama sebenarnya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, di Satun, Thailand.

Artikel Berkaitan: Jamu 5,000 Tetamu, Belanja Hampir RM300,000 Untuk Majlis Sanding… Warganet Jahat Gelar Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Pengantin Sampah? – “Walau Ada Tak Suka, Masih Ramai Sokong”

Artikel Berkaitan: Tanggung Rugi RM70,000, Siti Jamumall Kahwin Di Thailand Demi Cepatkan Nikah Dengan Aiman Tak Kisah

Artikel Berkaitan: Kahwin Kali Kedua, Siti Jamumall Nikah Di Thailand

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Cinta Lokasi Bukan Pilihan Zul Ariffin

Tolak cinta lokasi kenapa ye ? Takut terputus ditengah jalan lagi ke seperti yang sebelum ini

Trending Mon, 20 Apr 2020
Featured Tue, 18 May 2021

Hampir Kehabisan Katil, Netizen Puji Usaha Majalah 3 Tunjuk Keadaan Sebenar Pesakit ICU Covid-19

Situasi Covid-19 dalam negara kita semakin hari semakin genting. Dengan kemungkinan berlakunya gelombang baharu Covid-19, bilangan kes positif daripada wabak itu masih merekodkan jumlah yang tinggi setiap hari. Menerusi dokumentari eksklusif Majalah 3, Pusat Kuarantin  […]

Hiburan Tue, 9 Aug 2022
Featured Mon, 18 Sep 2023
Trending Sat, 24 Feb 2018

TOP 10 MOST VIEWED MUSIC VIDEOS ON YOUTUBE OF ALL TIME

There are so many YouTube videos which have become the world’s favourite. Are any of these your favourite?

error: Content is protected !!