Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 2, 2024 @ 5:14pm

Jamu 5,000 Tetamu, Belanja Hampir RM300,000 Untuk Majlis Sanding… Warganet Jahat Gelar Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Pengantin Sampah? – “Walau Ada Tak Suka, Masih Ramai Sokong”

Pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan suaminya, Aiman Tak Kesah membelanjakan hampir RM300,000 untuk majlis persandingan mereka yang berlangsung malam tadi.

Menjamu lebih 5,000 tetamu di Magica Monterez Hall, Shah Alam, Selangor, Siti dan Aiman gembira kerana majlis persandingan yang dirancang berjalan lancar biarpun berlakunya pertukaran tempat.

“Majlis persandingan kami bertukar tempat pada saat akhir. Ada beberapa hal yang terjadi namun semuanya dapat diatasi. Akhirnya, kami bersyukur apa yang dirancang berjalan lancar.

“Kami mengajak semua pengikut yang selama ini memberi sokongan dan syukur kami dapat menjamu lebih 5,000 tetamu. Bercakap dari segi kos, kalau tak campur dengan penaja, jumlah yang kami dah gunakan untuk majlis persandingan adalah lebih kurang RM200,000.

“Jika ia ditambah dengan nilai tajaan yang diberikan, jumlah yang digunakan hampir mencecah RM300,000. Apapun, kami bersyukur semuanya berjalan lancar,” katanya.

Tampil dengan gimik lakonan semula kisah hidup mereka ketika majlis berlangsung, ada warganet mengecam dan menggelarkan mereka sebagai ‘Pengantin Sampah’.

Menurut Siti atau nama sebenarnya, Siti Suriani Wahiddin, 25, gimik tersebut memang dirancang sebagai atur cara dalam majlis resepsi supaya dapat membuka mata masyarakat‬ bahawa kisah mereka ini bukan sampah, namun ia adalah permata.

“Bertahun-tahun saya dan Aiman buat ‘live’ di media sosial dan tidak dinafikan sejak awal hingga kini, masih ada lagi golongan yang mengecam.

“Tapi dalam yang tak suka, masih ramai juga yang menyokong dan mengikuti kisah hidup kami. Jadi, sokongan itulah yang menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus kuat sehinggalah sekarang.

“Semua orang tahu, kami sebelum ini pernah viral kerana berkahwin di Thailand. Jadi baru sekarang kami ada waktu sesuai untuk anjurkan majlis ini iaitu pada 1 September yang juga hari ulang tahun kelahiran saya.

“Kiranya kami satukanlah dengan hari bersanding dan meraikan hari jadi. Agak kelam-kabut juga memandangkan perancangan untuk majlis ini tak sampai dua bulan.

“Apa pun syukur dan kami sangat gembira sebab ramai yang hadir,” katanya yang turut berterima kasih kepada barisan penaja yang sudi menaja.

Selain tarian tradisional, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Zizi Kirana dan Ayu Damit.

Terdahulu Pada 1 Jun lalu, Siti memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aiman Tak Kesah atau nama sebenarnya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, di Satun, Thailand.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Apr 2020

“Saya Anggap Ini Ujian Allah” – PU Rizz Redha Positif COVID-19

Sama-sama kita doakan mereka yang positif segera diberikan kesembuhan Amin.

Featured Thu, 2 Nov 2023

15 Tahun Menghilang, Waheeda Wassini Bakal Buat ‘Comeback’

Penyanyi dengan vokal terbai? Wah, agak-agak dengan siapa Waheeda bakal berkolaborasi tu?🤗

Events Fri, 20 Jan 2023

Tular Foto Siti Bainun & Peguam Layan Movie, Che Puan Khaleeda & Aktivis #JusticeForBella Tampil Bersuara!

Netizen pun pening tengok kejap tak kawan, kejap kawan. Abis tu yang Bainun nangis tu betul ke?

Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] “Tangan Hubsbaby Bau Sambal” – Fattah Amin Makeup Fazura Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Comelnyaa pasangan bahagia ni!! Pandai juga Fattah Amin makeupkan Fazura 🥰

Featured Mon, 14 May 2018

Trafik Laman Sosial Pelakon Ben Amir Sesak Gara-Gara Dikatakan Seiras Wajah Syed Saddiq

Pelakon meningkat naik Ben Amir terkejut apabila akaun Instagram dan Twitter miliknya dibanjiri komen netizen yang mengaitkan wajahnya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Trending Thu, 18 Jul 2019

Hidup Jangan Sombong, Ambil Iktibar Dari Kisah Pekerja Kilang Ini!

Nah…pengajaran dia, sentiasa jadi orang yang merendah diri, penyayang dan hormat kepada sesiapa tanpa mengira pangkat atau darjat.

error: Content is protected !!