Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 13, 2019 @ 7:55pm

Tiket Konsert M Nasir Ditambah Sehari Lagi!

Peminat-peminat kepada penyanyi lagenda Datuk M. Nasir yang tak berkesempatan membeli tiket ‘Konsert M Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan’ kerana telah habis dijual tak perlu gusar kerana penganjur konsert berkenaan, Shiraz Projects akan menambah sehari lagi tarikh untuk memenuhi permintaan ramai.

Konsert solo M Nasir ini bakal dilangsungkan pada 23 November di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan tiket tambahan bagi malam kedua, 24 November akan mula dijual esok, Isnin, 14 Oktober.

“Alhamdullillah, atas permintaan ramai yang menyebabkan penambahan malam kedua pada 24 November ini. Mungkin kerana peminat sudah lama tidak menyaksikan konsert solo saya.

” Jadi, saya rasa inilah masanya buat para peminat yang sebelum ini sedih dan mengeluh kerana malam pertama habis dijual untuk mendapatkan tiket mereka dengan kadar segera,” katanya.  

Memetik laporan sebuah portal, M Nasir bakal mendendangkan lagu-lagu yang pernah dihasilkannya buat penyanyi solo dan kumpulan terkenal tanah air, selaku komposer.

Persembahannya juga bakal diiringi kumpulan muziknya yang dikenali sebagai The Gong dan Aznan Ali akan bertindak selaku pengarah muzik bagi konsert tersebut. 

“Dua malam untuk sama-sama menyusuri 40 tahun perjalanan muzik saya dalam satu hikayat,” katanya lagi. 

Kali terakhir pemilik nama Mohamad Nasir bin Mohamed ini beraksi di dalam konsert solo adalah sewaktu Konsert M Nasir…Kembara pada 2015. 

Baca: Rai Empat Dekad Dalam Industri Seni, M. Nasir Hiburkan Peminat 23 November Depan!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 11 Dec 2018

Cara Unfollow Akaun yang Tidak Followback di Instagram

Berharap untuk memadamkan banyak akaun sekaligus yang tidak mengikuti Instagram kita kembali. Anda boleh menggunakan kaedah berikut.

Hiburan Tue, 31 Mar 2026
Featured Mon, 25 May 2026

Ozlynn Dedah Pernah Terima Komen ‘Jahat’, Didakwa Bakal ‘Lepas’ Hijab

Ozlynn Waty mendedahkan dia pernah menerima komen negatif daripada netizen selepas tampil berhijab.

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Niat Tunaikan Umrah Dipertikai, Intan Najuwa Suruh Netizen Bersihkan Hati

Artis juga manusia biasa…tak baik buruk sangka tau?

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

《再见萤火虫》导演高畑勋病逝!享寿82岁

日本动画产业巨匠高畑勋6日传出死亡消息,享寿82岁。关系者透露去年夏天起,大师就因为身体状况住院好几次了,突如其来的消息也让许多动画迷感到相当可惜。

Hiburan Thu, 9 Jan 2020
error: Content is protected !!