Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari December 20, 2022 @ 10:28pm

Bertemu Dengan Pengadu, Firdaus Wong Dedah Lihat Mesej & Foto Lucah Kiriman Ebit Lew Di WhatsApp

Pendakwah bebas, Firdaus Wong memaklumkan bahawa beliau melihat beberapa kiriman mesej beserta gambar lucah di telefon bimbit wanita yang mendakwa dikirim oleh Ebit Lew kepada Mahkamah Majistret Tenom, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Wai Hung, 39, menyatakan dia melihat sendiri ke semua mesej dan gambar menerusi WhatsaApp apabila bersemuka dengan ‘pengadu’ dan suaminya selepas membuat laporan polis pada 7 Ogos 2021.

“Antara pesanan adalah satu mesej suara daripada Ebit Lew kepada ‘pengadu’ yang berbunyi ‘tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit’.

“Terdapat juga pesanan bertulis menerusi WhatsApp yang berbunyi ‘minta husband you ceraikan you, I bayar you’,” kongsi Firdaus.

Firdaus memaklumkan sebegitu bagi menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani, di perbicaraan kes gangguan seksual yang melibatkan pendakwah bebas popular, Ebit Lew.

Malah, Firdaus yang juga sebagai seorang saksi itu turut mendedahkan bahawa dia melihat gambar kemaluan lelaki yang dihantar menerusi antara ‘pengadu’ dan Ebit Lew.

“Saya juga melihat kemaluan lelaki di dalam perbualan antara ‘pengadu’ dan Ebit Lew,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, Ebit didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.

Tambah, Ebit juga didakwa menghantar perkataan lucah kepada mangsa menerusi WhatsApp di antara Mac dan Jun tahun lalu.

Oleh itu, jika disabit bersalah dia akan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Tahniah! Antara Momen Indah Sharnaaz Ahmad Dan Noornabila Bersama Baby J

Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noornabila akhirnya menerima zuriat sempena ulangtahun ke- 33 Sharnaaz. 

Featured Wed, 16 Oct 2019

Tidur sebentar pada waktu siang bagus untuk jantung, menurut kajian

Jika anda tidur siang, tidak semestinya anda malas!

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Mon, 15 Jun 2026

Individu Bosan Tengok Lakonan Beto Kusyairy, Mimi Lana Komen: “Saya Tak Bosan! Kalau Semua Cerita Ada Dia, Hari-Hari Saya Tengok”

Kata Mimi, dia tidak pernah bosan melihat lakonan Beto Kusyairy bahkan sanggup menonton lakonan aktor itu setiap hari.

Featured Wed, 22 Jan 2025

Gagal Tahan Sebak, Tracie Sinidol Kongsi ‘Struggle’ Jadi Anak Perantau… Terkilan Terima Berita Kematian Insan Tersayang

Lebih menyedihkan, pada ketika itu dia terlibat dengan penggambaran sebuah drama.

error: Content is protected !!