Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 23, 2021 @ 1:30pm

“Tak Perlu Sebut P**t*t Dalam FB Page Saya…” Rahimah Tanpa Rahim Terus Cetus Kontroversi

Sebelum tayangan drama yang bersiaran di slot Akasia ini, Rahimah Tanpa Rahim sememangnya mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen.

Bukan sahaja kerana tajuknya malah ada segelintir netizen yang turut mempersendakan cerita dan juga poster drama berkenaan sehingga meninggalkan maksud lucah.

Justeru itu, selaku penasihat kepada Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH), Wani Ardy yang juga merupakan seorang penulis kreatif dan cukup terkenal dengan bukunya berjudul Langit Vanilla ini tampil memberikan pendapat beliau menerusi satu hantaran dilaman twitter miliknya.

Bukan cerita mengarut!

Drama Rahimah Tanpa Rahim bukanlah sebuah drama mengarut dek kerana tajuk drama itu sendiri tetapi, ia berkisarkan tentang wanita yang lahir tanpa rahim semata-mata.

Mengikut kajian, setiap satu dalam 5,000 wanita di seluruh dunia menghidap Sindrom MRKH dan keadaan itu memberikan tekanan serta menjejaskan minda golongan itu kerana dianggap wanita tidak sempurna.

Menurut penerbit drama berkenaan, Jalena Rejab berkata,

” Saya ingin tekankan masalah sebenar yang dihadapi kaum hawa di dunia ini khususnya di Malaysia yang lahir tanpa rahim. Saya pertahankan judul drama ini pun sebab nak didik masyarakat mengenai apa kejadian kehidupan Rahimah yang selama ini hidup terseksa,”  katanya.

” Tak perlu sebut p****t dalam FB page saya. Saya ok.

Menerusi muat naik Wani Ardy pada Jumaat, masih terdapat segelintir netizen yang masih membahaskan perkara tersebut sehingga ada yang sanggup menulis dan mengeluarkan perkataan-perkataan lucah diruangan komen Facebook miliknya.

Namun, ada juga netizen yang menganggap drama sebegini adalah satu cara untuk menyampaikan awareness dalam masyarakat kita khasnya.

Apapun, diharap drama bersiri 28 episod ini dapat memberikan sedikit ilmu pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat kita menegnai penyakit MRKH.

Drama lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi dan Ezzaty Abdullah ini akan ditayangkan di slot Akasia pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2024

“Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin

Fazura mengakui tidak bahagia dan sengsara, gagal tahan air mata terkilan Fattah berlaku curang

Featured Tue, 30 Jul 2024
Trending Thu, 28 Jun 2018

3 Teknik Pembedahan Miss V Yang Sudah Lama Wujud Tapi Kini Mendapat Demand Tinggi

Terdapat 3 jenis embedahan miss v yang mana salah satunya berupaya mengembalikan kedaraan wanita.

Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Trending Wed, 25 Nov 2020

Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Asnaf Terjejas Covid-19

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka

Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Trending Wed, 16 Oct 2019

Jumlah Kematian Akibat Taufan Hagibis Meningkat 74 Orang

Moga-moga ramai yang dijumpai dengan selamat

Hiburan Mon, 18 May 2026

Shiha Zikir Bakal Hadiah Lagu Buat Seseorang, Netizen Petik Nama Anak Amyza Aznan – “Lepas Tengok Persembahan Saya Terus Hubungi Beliau…”

Shiha berkata hatinya tersentuh untuk menghadiahkan lagu tersebut selepas menyaksikan persembahan penuh tulus individu terbabit

error: Content is protected !!