Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 25, 2023 @ 7:00pm

“The Countdown Is On…” – Ruangan Komen Di Banjiri Tahniah, Nabila Razali Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat?

Selebriti popular Nabila Razali kembali menjadi perhatian warga maya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 30, seolah-olah memberi bayangan bakal bernikah dalam masa terdekat.

Manakan tidak, pelantun lagu Peluang Kedua itu memuat naik sebuah foto dirinya beserta kapsyen yang membuat ramai berteka-teki.

Wanita genit ini ibarat menghitung hari untuk disatukan bersama pilihan hatinya dalam tempoh terdekat ini.

“The countdown is on,” tulis Nabila ringkas.

Nabila Razali

Menjengah ke ruangan balas perkongsian tersebut, rata-rata pengikut dan rakan selebriti memberikan pelbagai reaksi.

Rata-rata rakan selebriti meninggalkan komen dengan emoji hati malah ada juga yang terus memberi ucapan tahniah kepada Nabila.

“Congratulations,” ucap penyanyi Lah Ahmad.

“Bismillah,” komen pengacara Hawa Rizwana.

“Tahniah sayang semoga semua dipermudahkan,” komen seroang netizen.

Namun, ada juga yang mempersoal mengenai perkongsian tersebut dengan mendakwa adakah ia sekadar gimik.

“Orang kata dah tunang tak nak mengaku, lepas tu nak cakap countdown la apa la. Hujung minggu ni kahwinlah tu,” kritik netizen.

“Haa marketing lagi ka?,” soal warganet.

Nabila juga pernah dilabel netizen sebagai ‘Ratu Gimik’ gara-gara sering muncul dengan pelbagai ‘kisah tersendiri’ di sebalik lagunya di media sosial.

Terdahulu, Nabila mencetuskan spekulasi apabila media melaporkan Nabila melangsungkan pertunangan dengan seorang usahawan dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Namun, Nabila memilih untuk mengunci mulut mengenai spekulasi tersebut sehingga ke hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Berkongsi Apa-Apa” – Nabila Razali Jawab Isu Bertunang Dengan Usahawan

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Berkahwin Tahun Depan, Nabila Razali Selamat Bertunang Dengan Ahli Perniagaan?

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Dengan Seorang Jejaka Di Genting Highlands, Nabila Razali Tampil Beri Penjelasan – “Biar Orang Terus Berteka-Teki”

ARTIKEL BERKAITAN: Kolaborasi Insomniacks, Nabila Razali Dalam Cerita Kita

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali Tak Kisah Digelar ‘Ratu Gimik’, Hanya Ketengahkan Kelainan Dalam Promosi – “Saya Dah Terangkan Berkali-Kali”

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Kriteria Jejaka Pilihan, Nabila Razali Tak Kisah Jodoh Pilihan Keluarga – ” Kalau Ada Yang Mahu Kenal, Saya Okay Je”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Nov 2025

“Tolong Jangan Serang Mama”- Spacedollah Gesa Netizen Bertenang

Spacrdollah tampil bersuara isu kontroversi tular di media sosial.

Featured Sat, 11 Nov 2023

Nas Ahmad ‘Terjah’ Perlu Jalani Rawatan Jantung Segera 

Alahai sebaknya! Moga Allah permudahkan urusan abang Nas sekeluarga. Aamiin🤲

Trending Wed, 18 Aug 2021
Hiburan Thu, 9 May 2019

Nak Kahwin Punya Pasal, Shah Rukh Khan Terpaksa Menipu!

Cubaan Shah Rukh Khan tidak sia sia memikat hati Gauri

Events Thu, 25 Jul 2019

相隔8年再出发!欣彦「大玩性感」用音乐唱游亚洲

相隔8年Zyen欣彦再次以「芭莎公主」身份发行全新专辑,服装造型更是大露事业线,不惧走光!

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Ezlynn Kecewa Lagu Kurang Popular?

Mungkin kali ini kurang menerima sambutan, sebaliknya rezeki pada masa akan datang pula.

error: Content is protected !!