Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 9, 2023 @ 12:53pm

Kolaborasi Insomniacks, Nabila Razali Dalam Cerita Kita

Selepas berjaya mencipta sejarah tersendiri menerusi lagu Pulang dan Sempurna, kumpulan Insomniacks sekali lagi muncul dengan karya hebat berjudul Cerita Kita.

Lebih istimewa lagu ini merupakan kolaborasi pertama kumpulan itu yang mana turut menampilkan penyanyi popular Nabila Razali.

Karya berentak pop balada ini merupakan ciptaan Iqie, Iskandar dan Danial mengisahkan tentang persahabatan yang terjalin sejak kecil sehingga timbul rasa cinta antara mereka.

“Saya ingin mengembalikan memori kisah percintaan zaman kanak-kanak. Saya percaya ramai pernah mengalami pengalaman manis seperti ini.

“Namun tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan. Ada yang berjaya sehingga ke jinjang pelamin ada yang terputus di tengah jalan,” ujarnya.

Bagi Nabila Razali, kolaborasi bersama Insomniack merupakan peluang keemasan dan satu pencapaian baharu dalam kerjaya nyanyiannya.

“Saya melihat Insomniacks satu kumpulan anak muda yang kreatif dan berjaya menghasilkan karya-karya segar. Mereka mempunyai identiti tersendiri yang membuatkan lagu-lagu ciptaan dan nyanyian mereka berjaya menambat hati pendengar.

“Dalam perancangan kerjaya saya memang ada plan untuk berkolaborasi bersama mereka dan Alhamdulillah akhirnya tercapai. Saya sangat berpuas hati dengan lagu dan muzik video yang dihasilkan,” ujarnya.

Muzik video Cerita Kita yang dilancarkan pada 22 September lalu kini sudah mencecah hampir 200,000 tontonan di saluran YouTube.

Untuk rekod, lagu Cerita Kita merupakan single ke-6 bagi Insomniacks, manakala single ke-10 bagi Nabila Razali.

Lagu ini merupakan hasil kolaborasi antara syarikat rakaman Universal Music Sdn Bhd dan Nabila Razali Entertainment.

Selain itu, bagi merancakkan lagi proses promosi, majlis pelancaran Malam Cerita Kita telah diadakan pada 30 September yang bertempat di Bsync Hall, Kuala Kumpur.

Sekadar info, Insomniacks yang dianggotai oleh Iqie (vokalis utama), Iskandar (bass) dan Danial (gitar) ini ditubuhkan pada 2015.

Kumpulan ini berjaya mencipta nama pada tahun 2018 menerusi single kedua mereka berjudul Pulang yang mendapat sambutan menggalakkan dengan 32 juta tontonan Youtube dan menjadi lagu paling tinggi distrim di Malaysia pada 2019.

Diikuti single Sempurna yang dilancarkan pada 2022 berjaya meraih 15 juta tontonan YouTube dan berada selama 88 minggu di carta RIM.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Billie Eilish Menentang Perubahan Iklim Melalui Konsert, Peminat Pula Buat Sampah?

Aduh malunya kalau orang luar nampak rakyat Malaysia tak jaga kebersihan.

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Rakan Artis Hadir Beri Penghormatan Terakhir Pada Yazit

Makin ramai yang pergi meninggalkan kita…

Hiburan Wed, 24 May 2023
Hiburan Tue, 18 Jun 2019
Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

error: Content is protected !!