Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 26, 2024 @ 12:00pm

[VIDEO] “Saya Tahu Apa Emma Alami, Sebagai Adik Saya Bangga Dengan Dia…” – Chacha Maembong 

Pelakon, Chacha Maembong meluahkan rasa bangga terhadap kakaknya, Emma Maembong yang kuat menjalani perceraian rumah tangga.

Ketika ditemui XTRA, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Rohani Ismail, 27, berkata mereka sekeluarga tidak memaksa Emma untuk menceritakan punca perceraiannya bersama bekas suami, Shazli Azhar.

“Saya tahu apa yang dia (Emma) alami, tapi dalam masa yang sama saya bangga dengan dia sebab dia pandai selesaikan masalah itu dalam diam.

“Masa dia beritahu tentang perceraian itu, kami sekeluarga tak ada memaksa atau menekan Emma untuk cerita hal sebenar terjadi antara mereka. Kalau itu yang terbaik untuk dia, teruskan.

“Kami memahami dan menerima seadanya. Paling utama kena beri sokongan kepada Emma, tak boleh marah. Pada akhirnya hanya dia seorang sahaja yang melalui isu rumah tangga.

“Apa pun yang berlaku dalam keluarga, bekas suami dia tetap sebahagian dari keluarga kami sebab mereka dah ada anak,” katanya.

Chacha berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Menceritakan keperibadian bekas abang iparnya itu, Chacha berkata Shazli tetap menggalas tanggungjawab terhadap kedua-dua anaknya, tiada istilah bermasam muka dan terbuka menjalankan hubungan baik dengan keluarga mentua.

“Kami masih rapat dengan bekas suami dia, kalau ada family gathering dia masih datang. Alhamdulillah, tak ada isu walaupun mereka dah berpisah bagi saya masih sama. Tak ada gaduh.

“Sebagai abang ipar dan bapa, dia sangat bagus. Kalau Emma ada acara, dia akan jaga anak anak, jadi saya tak nampak ada masalah.

“Segelintir orang bila dah berpisah dengan pasangan akan ada isu tak nak berjumpa dan sebagainya. Tetapi tidak pada Shazli. Dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai bapa, Selagi kakak saya kata mereka berdua in a ‘good terms’, jadi siapa kita nak marah?,” tuturnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Chacha bakal muncul dalam drama Langit Ke Tujuh yang bersiaran di Tonton.

Drama bersiri arahan pengarah terkenal Heykal Hanifah itu membawa kisah ajaran sesat yang turut dibintangi oleh Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Nora Danish, Faezah Elai dan Farahdhiya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Ibu Mertua Rugi Ratusan Ribu, Anzalna Sindir Siapa Di Instagram?

Jangan ingat lelaki je boleh buat kerja ni, perempuan pun hebat juga! Siapa yang teraniaya jangan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. Ish…siapa agaknya gerangan orang itu ya?

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Jalan-Jalan Makan Angin Gabung Tiga Produksi, Pamer Tarikan Di Jepun

Kepada korang yang nak tahu tempat-tempat menarik di negara matahari terbit ni bolehlah tengok JJMA nanti ya!

Trending Sun, 22 Apr 2018

一家五口拍全家福「寿司全家福」照萌到融化

几场恋爱失利后,使你变成一个不婚主义的人吗?看完了这个IG帐号,保证绝对会大改观!国外一家五口的小家庭,常常PO出超幸福的全家福照,画面溢出满满的爱,让人都好想结婚、组成自己的家庭。

Featured Wed, 19 Jun 2024

Video Shopping Abaya Tular, Netizen Siap Komen Baby Bump Siti Hajaar Dah Makin Besar?

Wal, tahniah! Patut Hajaar makin comel dan berseri-seri❤️🥰

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Tue, 5 May 2026

Izreen Azminda, Intan Saleh Akhirnya Berbaik… Selesai Pertikaian Di Mahkamah – “Harapnya Hubungan Terjalin Lebih Terpelihara Demi Kebahagiaan Bersama”

Intan dan Izreen masing-masing meluahkan rasa lega dan syukur apabila segala salah faham membabitkan isu antara mereka mencapai kata sepakat. 

Featured Fri, 3 Jan 2025

Didakwa Muka Sembab & Perut Kembung, Intan Najuwa Bidas Kenyataan Netizen 

Netizen tak habis bitter, ini respons Intan Najuwa.

Featured Thu, 18 Dec 2025

Kamal Adli Dakwa Isteri ‘Tak Waras’, Uqasha Senrose Tampil Pertahan Diri – “Macam-Macam Saya Kena! Saya Hanya Dibenar Duduk Dalam Bilik Sebab…”

Pelakon Uqasha Senrose akhirnya tampil bersuara bagi mempertahankan diri susulan kenyataan suaminya, Kamal Adli, yang mendakwa dirinya tidak waras.

error: Content is protected !!