Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 3, 2023 @ 3:00pm

Raja Afiq Sedia Buat ‘Comeback’, Harap ‘Look’ Baharu Buka Rezeki – “Kalau Gemuk Macam Dulu Memang Tiada Tawaran”

Pelakon Raja Afiq meluahkan rasa rindu untuk kembali menghiasi kaca televisyen (TV) semula selepas berdepan pelbagai kontroversi yang menjatuhkan nama sekali gus karier seninya.

Menurut Raja Afiq atau nama lengkapnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 29, dia berharap transformasi baharunya itu akan membuka peluang rezeki dalam kerjaya lakonannya.

“So far ada yang bertanya ‘buat badan ni dapat tawaran ke?’ belum lagi tapi saya ‘prepare’, sediakan payung sebelum hujan

“Saya harap dengan ‘look’ yang baru, saya dapat tak kisahlah rezeki saya di drama atau filem ke, mana yang sampai dulu saya ambil.

“Kadang-kadang orang luar tak faham sesetengah artis bukan tak mahu berlakon tapi tawaran yang tiada. Saya faham sekarang ramai artis baru yang muncul, banyak saingan tapi bagi saya saingan yang sihat itu bagus.

“Apa yang perlu saya bagi saingan ialah dengan buat badan, kalau saya gemuk macam dulu balik memang tiada tawaran. Cerita drama yang saya buat tak banyak sangat, sebab itu saya rasa belum puas lagi dengan kerjaya dan lakonan saya . Rindu sangat,” katanya ketika ditemubual program hiburan popular TV3, Melodi.

Mengulas mengenai tidak terhitung tempias kontroversi melingkari pelakon bertubuh sasa ini, Raja Afiq menganggap ia sekadar asam garam sebaliknya mahu buktikan di pihak yang benar.

“Setiap orang dalam industri ini ada kontroversi, kontroversi yang saya alami hanyalah tempias, itu andaian orang. Kalau orang yang dah bekerja dan kenal saya betul, saya bukan jenis apa yang orang cakapkan.

“Mungkin orang tak ambil saya sebab perkara itu, silaplah kot, itu bukan saya. Kita tak buat, buat apa nak marah.

“Karma itu ada, berani kerana benar, salah kerana takut. Saya nak kedepankan diri saya sebab saya benar. Ada manusia buat silap, buat tak tahu saja, mulut orang tak boleh tutup,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz ini sudah menyatakan dia sudah bersedia untuk kembali ke set penggambaran kerana merasakan belum puas dalam berkarya.

“Satu saja nak cakap, kita ada ‘family’, dulu saya ada ibu dan adik-beradik, dan sekarang saya kuat sebab adanya isteri saya.

“Dulu saya dah pernah kena dah, gosip dan fitnah, saya fikir satu saja, saya ada ibu dan keluarga, saya ada isteri. Dan kuat kerana ada Allah S.W.T. Nabi pun macam-macam kena tohmahan dan fitnah. Apatah lagi kita manusia yang tak seberapa ini.

“Pada pengarah dan produser di luar sana, so far sekarang ini saya bersedia untuk ‘comeback’, terimalah kekurangan dan cubalah kembali saya. Sebab saya rasa belum puas lagi berlakon,” harapnya.

Terdahulu, Raja Afiq terpalit dengan dakwaan dia dituduh mengambil barang terlarang untuk kurus.

Lebih mengejutkan, Raja Afiq mendedahkan dia juga disihir individu tidak dikenali sehingga berdepan masalah kesihatan.

Nama pelakon ini turut hangat pada masa lalu apabila terpalit kontroversi menghamilkan seorang gadis hingga melahirkan bayi hasil hubungan sulit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku Merokok Pun Tidak!” – Berang Dituduh Ketagih Dadah & Jadi ‘Biawak Hidup’, Raja Afiq Tak Maafkan Pemfitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Afiq Bangkit Selepas Ditimpa Kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Afiq Bukan Punca Bekas Teman Wanita Hamil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 23 Mar 2020
Featured Wed, 8 Mar 2023
Hiburan Sat, 23 Feb 2019

‘Kita Jumpa Di Mahkamah’- Zulin Aziz Berang Tokey Produk Kurus Guna Gambar Tanpa Izin

Kesian Zulin…Peniaga dekat luar sana tak serik lagi ke?

Featured Thu, 12 Jan 2023

Alif Satar Kongsi Tip Untuk Mula Aktiviti Berlari & Jogging – “Jangan Letak Target Terlalu Tinggi…”

Penyanyi dan pelakon Alif Satar sering berkongsi video mengenai tip untuk berlari atau jogging kepada pengikutnya yang baru ingin berjinak melakukan aktiviti kecergasan. @itsalifsatar Yang baru nak mula,takyah beli mahal-mahal dulu.. dah serious esok baru […]

Hiburan Tue, 17 Sep 2019

‘Terlalu Peribadi Untuk Dikongsi’- Lufya, Suami Bercerai

Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya…

Trending Wed, 19 Feb 2020
Hiburan Mon, 7 May 2018

Nafi ‘Lalok’, Mungkin Ada Unsur Sabotaj!

Pelakon jelita Uqasha Senrose yang ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5, semalam enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpanya.

Featured Wed, 4 Jan 2023
error: Content is protected !!