Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 12, 2023 @ 2:46pm

Alif Satar Kongsi Tip Untuk Mula Aktiviti Berlari & Jogging – “Jangan Letak Target Terlalu Tinggi…”

Penyanyi dan pelakon Alif Satar sering berkongsi video mengenai tip untuk berlari atau jogging kepada pengikutnya yang baru ingin berjinak melakukan aktiviti kecergasan.

@itsalifsatar Yang baru nak mula,takyah beli mahal-mahal dulu.. dah serious esok baru beli yang baek punya👍🏽 #Tips #Jogging #Exercise #AlifSatar ♬ original sound – alifsatar

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik Alif di platform TikTok yang memaparkan dirinya memberi tip dan pesanan kepada pengikutnya untuk tidak meletakkan target yang terlalu besar.

Menurut Alif, untuk memulakan aktiviti larian, tidak perlu letak target untuk bangun pagi atau membuat keputusan untuk berlari berapa kilometer sehari.

Sebaliknya, Alif menasihatkan pengikutnya untuk lebih mengutamakan pemilihan masa dan menikmati proses perlarian.

“Okey dengar ni, kalau korang baru nak start lari atau nak start jogging. Start life active. Korang tak perlu nak letak target yang besar. Kononnya korang bangun pagi, korang rasa hari ini aku nak lari 5 km. Tak payah. Alif sendiri pun tak buat macam itu.

“So what you do is, korang letak time je. Ok, hari ini aku nak lari 30 minit. And then orang cakap enjoy the process. Bila korang dah letak target 30 minit kan. Contohnya, minggu pertama 30 minit korang lari 2 km je. Pastu korang continue routine yang sama.

“Datang minggu yang kedua tiba-tiba 30 minit tu korang boleh lari 3 km. Pastu three months down the road korang boleh lari 30 minit ni 4 km. Tiba-tiba one year 30 minit korang boleh lari 6 km maybe.

“Itulah yang orang cakap enjoy the process. Korang enjoy badan korang. Makin lama makin power. Tiap hari makin laju.

Tambah Alif di akhir video, dia memberi kata-kata semangat pada pengikutnya dan memohon mereka untuk mengutamakan masa dan bukannya jarak.

Alif juga berharap pengikutnya dapat menikmati proses kecergasan ini.

“Alif pernah cakap ni it doesn’t get any easier, it’s you to get better. So number 1 jangan letak target terlalu tinggi. 30 minit setiap kali lari itu saja. The time not the distance and enjoy the fitness process. Alright!” akhirinya.

@itsalifsatar 30minit.. Buat tu je dulu💯👍🏽 #FitnessTips #RunningTips #ActiveLifestyle #alifsatarsong ♬ original sound – alifsatar

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Alif atas tip dan peringatan yang diberikan.

Malah, ada juga segelintir yang bersetuju dengan apa yang dikatakan Alif.

“Betul! We go for the time instead of distance, pelan-pelan je asal kita buat!

“Betul. Baru jantung paru-paru semua berdamai. Enjoy. Santai-santai je. Nanti tak sedar sejam dah capai 5/6 km.

“Betul bang. Kadang kat rumah duk kata aku nak lari 2 km lepastu sampai-sampai lari sikit je selebihnya makan McD.

“Betul tu Alif. Percaya tak this year saya dapat run 3-4 km tanpa stop. Selalu run, stop, run. Letih. Now Alhamdulillah okay,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 884,000 tontonan, 114,000 tanda suka dan lebih 1338.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 May 2021

Hukum Tak Ambil Tahu Isu Palestin , Ini Jawapan Dari Ustaz Adnin

Seluruh dunia kini tertumpu kepada isu melibatkan Palestin dan Israel. Dengan tema solidariti untuk palestin dan #FreePalestin, seluruh dunia  berusaha untuk menegakkan keadilan buat rakyat Palestin yang diserang Israel serta memelihara kesucian Masjidil Al Aqsa […]

Featured Thu, 16 Apr 2026

Aliff Syukri Hulur Gaji Puluhan Ribu Buat Norish Karman & Anak-Anak – “Mereka Bukan Meminta-Minta Tetapi Bekerja”

Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi memberikan sumbangan berupa wang tunai dan gaji puluhan ribu ringgit kepada pelakon, Norish Karman dan anak-anaknya.

Trending Sun, 1 Nov 2020

Bakal Berkahwin Mac Depan, Neelofa Sah Dirisik PU Riz?

Tahniah Lofa dan PU Riz, semoga hubungan yang dibina berakhir ke jinjang pelamin????

Featured Fri, 21 Oct 2022

Yazmin Aziz Kongsi Tips Berjaya Turun Berat Badan 8 Kilogram Tak Sampai Sebulan!

Fuhh tak sampai sebulan dah macam ni rupanya? Power lah besprennn

Featured Tue, 14 Mar 2023
Hiburan Thu, 8 Dec 2022
LIFESTYLE Fri, 27 Jul 2018

Wow! Pulang Hiasi Muka Depan Akhbar Utama

Pulang hasil karya Kabir Bhatia terbitan Primeworks Studios, diinspirasi daripada kisah hidup datuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar.

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

#AltimetAir Jelajah Terakhir Altimet?

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang semakin dikenali menerusi lagu Air ini. Altimet mengakui menyimpan hasrat dan impian untuk menghiburkan peminatnya sebelum beliau bersara pada 27 November ini diusia beliau 40 tahun

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

‘Masuk Islam Bukan Sebab Saya’- Ezlynn

Ezlynn mengakui sedang mengenali hati budi seorang jejaka bangsa lain.

error: Content is protected !!