Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 21, 2022 @ 7:44pm

Yazmin Aziz Kongsi Tips Berjaya Turun Berat Badan 8 Kilogram Tak Sampai Sebulan!

Penyanyi dan pelakon, Yazmin Aziz mendedahkan cara dirinya berjaya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram dalam masa kurang dari sebulan.

Memetik laporan mStar, Yazmin atau nama sebenar Yazmin Aldwin Abdul Aziz bimbang berat badan akan mencecah 70 kilogram lalu mengambil keputusan untuk amalkan diet.

“Saya tahu sudah tiba masanya untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Terkejut apabila melihat berat badan saya mencecah 70 kilogram!

“Badan saya tak pernah naik sebanyak itu, jadi saya disiplinkan diri untuk turunkan berat badan dan Alhamdulillah kurang daripada sebulan saya berjaya menghilangkan lapan kilogram,” katanya.

Menurutnya, tiada sebarang rahsia diamalkan hanya mengawal pengambilan makanan dan minuman bergula serta nasi.

“Saya hanya makan tengahari dengan memperbanyakkan sayur-sayuran seperti salad bersama ayam atau ikan.

“Biasanya saya elak makan malam tetapi kerap mengambil snek beberapa kali dalam sehari seperti buah-buahan,” kongsinya.

@yazminaziz Replying to @shai🦉 Ada lagi yang saya buat. Nak tahu lagi? #fyp #tiktokmy #tips ♬ original sound – Yazmin Aziz

Sepanjang tempoh itu juga, Yazmin turut bersenam sekurang-kurangnya dua jam setiap hari di gim atau dirumah.

“Saya bersenam setiap hari dua jam, tanpa jurulatih sebaliknya hanya merujuk kepada video kecergasan secara dalam talian.

“Saya juga akan fokus kepada gerakan senaman yang sesuai dengan tubuh saya seperti memfokuskan kepada bahagian paha dan lengan,” ujarnya.

Selain itu, Yazmin menasihati mereka yang ingin menurutkan berat badan agar fokus dan tidak mudah putus asa.

Tambahnya, perbanyakkan air putih bagi mengelakkan dehidrasi dan ikut kemampuan sendiri.

“Tip saya ada untuk fokus kepada sasaran sendiri. Kalau terasa nak makan banyak, pastikan jangan lupa bersenam.

“Seronoknya apabila berdiet, saya juga banyak membuat kajian tentang menu sihat dan belajar memasak. Sekurang-kurangnya apabila ada pelbagai menu, kita tak rasa bosan,” jelasnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Jul 2025

Ameera Khan Tegur Netizen ‘Bitter’ -“Kadang-Kadang Saya Mahu Menampar Muka Anda, Tapi…”

Ameera mengaku dia juga mempunyai tahap kesabaran seperti orang lain.

Featured Mon, 25 Nov 2024

Digelar Ular & Pandai Putar Belit Cerita, Yuka Kharisma Bakal Ambil Tindakan Keras Terhadap Madammu… Anggap Tuduhan Sebagai Fitnah Melampau

Yuka Kharisma tampil meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan yang diberikan usahawan kosmetik itu.

Featured Tue, 20 Dec 2022

Viral Video Gadis Berpelukan Di Konsert, Ini Reaksi Alif Teega

Personaliti media sosial, Alif Teega memberi teguran kepada gadis yang tular internet kerana berpelukan bersama penyanyi Afgan ketika menghadiri sebuah konsert, baru-baru ini. @alifteegaKalau korang jumpa Alif peluk tak?🤣♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan Alif […]

Trending Fri, 12 Apr 2024
Featured Tue, 27 Nov 2018
Trending Tue, 3 Apr 2018

大号一半门口突然爬进「陌生小孩」他认真问……

上厕所大概是每个人最无助的时候,毕竟裤子都脱了,你也很难做出反应。日前美国一位男子安德鲁(Andrew)在外上大号时,却遇到一个小男孩突然爬进来,让他吓了一跳,而对方天真的说……

error: Content is protected !!