Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 30, 2023 @ 7:55pm

Adik Aisyah Hijanah Dedah Motif Alif Teega Nak Hapuskan Bukti Dashcam? – “Bila Tak Dapat Itu Yang Naik Tangan”

Adik pempengaruh Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam tampil memberi penjelasan berhubung bukti dashcam kereta yang cuba dikhabarkan menjadi salah satu punca personaliti media sosial, Alif Teega naik tangan kakaknya itu.

Menerusi ruangan komen dalam hantaran di Instagram, Amirul berkata kakaknya mahu mengambil memory card dashcam kereta tersebut kerana yang dipercayai mempunyai bukti-bukti hubungan mesra Alif bersama isteri kedua, Fatin Umaidah Ramli.

“Sebenarnya dashcam bukan nak cakap pasal kena pukul dalam kereta ke apa.. dashcam ni cerita dia Aisyah hanya nak tahu isi dashcam.

“She decided to take the memory card dashcam tu then bila Alif naik kereta tu, nak sampai office dah terus perasan dashcam kereta keluar tanda no memory card.

“Kereta tu pula selalu dibawa Alif or kemungkinan perempuan tu juga.. Sanggup patah balik ke rumah dan confront Aisyah sebab nak tahu sekiranya Aisyah ada ambil memory card dashcam tu.

“Mula la selepas itu sesi angkat tangan from that guy (Alif),” tulisnya.

Alif Teega

Sebelum ini, heboh di platform media sosial berhubung konflik rumah tangga Alif dan Aisyah lebih-lebih lagi selepas tular laporan perubatan dipercayai dikasari oleh suami serta rakaman suara mereka seakan sedang bertengkar.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila tular rakaman suara Aisyah memberi amaran kepada suaminya Alif kerana dipercayai mengasarinya dihadapan anak mereka, Khadijah.

Terdahulu, rumah tangga mereka hangat menjadi sebutan di media sosial selepas Alif mengakui telah mengahwini buat kali kedua bersama pekerjanya, Fatin Umaidah.

Kemudian, satu persatu konflik rumah tangga mereka mula tersebar di platform media sosial antaranya perincian pernikahan Alif dan Fatin yang dipercayai berlangsung di pejabat agama Songkhla, Thailand.

Artikel Berkaitan: Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umaidah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dilabel Narsisistik Gara-Gara Muat Naik Video Lama, Alif Teega Dihenyak Netizen… Minta ‘Jaga Mulut’ & Off Sosial Media

Artikel Berkaitan: Cedera Dibahagian Lengan, Telinga & Muka! Adik Dedah Bukti Laporan Perubatan Aisyah Hijanah Dipukul Alif Teega – “Saya Berani Tegakkan Yang Benar!”

Artikel Berkaitan: Rakaman Suara Ketika Bertengkar Tular, Ini Respons Aisyah Hijanah – “Saya Tidak Boleh Menafikan Mahupun Membenarkan”

Artikel Berkaitan: “Demi Allah! Fitnah Ini Akan Ku Bawa Ke Akhirat” – Bukti Pukul Isteri Tular, Alif Teega Dah ‘Warning’ Abang Aisyah Minta Stop Fitnah… Dakwa Adni Rustam Desak Bercerai?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Eina Azman Bawa Pembantu Menunaikan Umrah

Semoga peroleh umrah yang mabrur!

Trending Tue, 23 Jan 2018

马来西亚农历新年「6大专属文化」

“换上新春联,迎接最旺的一年,都是wonderful moment……”有没有觉得无论都走到哪个角落,似乎都可以听到新年歌,那代表农历新年即将来临咯!除了听新年歌和拜年之外,到底马来西亚农历新年还有哪些专属「文化」呢?

Trending Wed, 17 Apr 2019

Di Mana Nur Hidayah? Kanak-Kanak Umur 8 Tahun Dilaporkan Hilang Tanpa Jejak

Seorang kanak-kanak perempuan dikenali dengan nama Nur Hidayah dilaporkan hilang di kawasan perumahannya di Seremban. 

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Musly Ramlee, Liza Hanim Kongsi Pentas Sekali Lagi

Selain Musly dan Liza Hanim, penyanyi popular Aishah dan Rachel Guerzo Trio turut berkongsi pentas yang sama. Anda dah dapatkan tiket ke belum?

Featured Mon, 8 Aug 2022

“Saya Akan Besarkan Anak-Anak Kami Dengan…” – Dikritik Pilih Status Kerakyatan British Untuk Anak, Ini Respons Dr Amalina Bakri

Ini pilihan Dr. Amalina & suami. Lahir di Malaysia atau luar negara, yang penting anak tersebut ditatang bagai minyak yang penuh, dididik dengan baik untuk menjadi insan bertanggungjawab di masa hadapan.

Trending Wed, 11 May 2022
Hiburan Mon, 13 Nov 2023

Famili Duo 3: Tahniah! Sharif & Syaiful Sekali Lagi Bolot RM10,000 Di Minggu 5, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

2 kali juara mingguan! Sharif & Syaiful dah kumpul RM20k😱 Tahniah! Jom semak markah semua peserta.

Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Muncul Dengan ‘Syarat Cinta’, Lagu Baharu ALVN Cetus Tanda Tanya.. Peminat Syak Sedang Bahagia!

ALVN kembali mencuri perhatian menerusi single terbaharu berjudul Syarat Cinta, sebuah karya yang mengangkat tema cinta yang matang, ikhlas dan penuh kesederhanaan.

error: Content is protected !!