Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 23, 2025 @ 2:06pm

“Ibu Bapa Saya Tak Halang Kalau Jodoh Saya Wanita Islam, Mereka Cuma Risau Bila….’ – Andy Teh

Pelakon Andy Teh mengakui ibu bapanya mula meluahkan kerisauan apabila namanya semakin dikenali dalam pasaran hiburan tempatan, khususnya dalam kalangan penonton Melayu.

Menerusi video temu bual ‘podcast’ di TikTok, Andy atau nama sebenarnya Andy Teh Kim Huat berkata, keluarganya berpegang kuat kepada ajaran Buddha.

Namun, soal jodoh menjadi antara perkara yang menimbulkan kegusaran buat ibunya.

“Sebagai keluarga Cina, ibu bapa saya memang teguh dengan agama Buddha. Mereka tak halang kalau jodoh saya wanita Islam, cuma risau bila mereka sudah tiada, macam mana saya nak teruskan sembahyang untuk mereka,” katanya.

Andy menegaskan, apa yang lebih utama buatnya adalah kesempatan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup.

“Saya tak boleh janji apa-apa, tapi dari hati memang saya hormat dan akan jaga apa yang perlu.

“Paling penting, kasih sayang itu ditunjukkan ketika mereka masih ada. Jangan tunggu selepas pergi baru nak lakukan macam-macam. Kalau sayang, buktikan sekarang,” ujarnya.

@affendyjailani

#andytehkh #podcastbukakmulut #foryoupage #bukakmulut #fyp

♬ original sound – Affendy Jailani – Affendy Jailani

Kredit video: Affendy Jailani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Mar 2025

Polis Rampas 6 Jenis Ubat Dari Kediaman Ridzokumura Untuk Siasatan Kematian Akiko

Menurut Ketua Polis Selangor, kes ini masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun siasatan terus dijalankan.

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Sebak…Kehilangan Pak Ngah Beri Impak Besar Buat Siti Nurhaliza

Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri.

Hiburan Tue, 28 Dec 2021

Jadi Gangster Kampung, MK K-Clique Akui Serius Dalam Dunia Lakonan

Penyanyi rap MK K-Clique mengakui dia serius dalam dunia lakonan. Buat masa ini, bidang lakonan adalah sumber rezeki yang hadir dalam kerjayanya dan dia menghargai segala peluang yang diberikan. Baru sahaja beraksi di hadapan kamera, […]

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023
Featured Mon, 16 Jan 2023

Kekasih Datang Melawat Keluarga, Zarina Anjoulie Rupa-Rupanya Cucu Kerabat Diraja?

Wah tak sangka kan patut lah Anju cantik macam Nenda dia

Hiburan Tue, 6 Sep 2022

Impian Miliki Kereta Mewah Idaman Tercapai, Kak KM Pernah Tangguh Hasrat Gara-Gara…

Sanggup Kak KM ketepikan dulu impian dia.. Alhamdulillah tercapai dah yang dihajatkan.

Hiburan Mon, 29 Dec 2025
Trending Wed, 15 Apr 2020
error: Content is protected !!