Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 26, 2018 @ 9:16am

Sebak…Kehilangan Pak Ngah Beri Impak Besar Buat Siti Nurhaliza

Semalam, negara kehilangan seorang insan yang banyak menyumbang bakti dalam industri muzik tradisional tanah air.

Komposer terkenal dalam ciptaan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah meninggal dunia sekitar jam 3.02 petang semalam.

Pemergian komposer berusia 60 tahun itu sesungguhnya memberi impak cukup besar dalam kalangan penyanyi yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham dalam menghasilkan naskah hebat.

Antaranya, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza yang cukup sedih dengan pemergian Allahyarham kerana jasa yang dicurahkan arwah cukup besar dalam karier seninya.

“Pak Ngah yang Siti kenali adalah seorang pejuang seni dan budaya, justeru pemergiannya satu kehilangan besar semua.

“Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri.

“Beliau banyak menghasilkan lagu terbaik dan harapan Siti semoga karyanya akan terus hidup meskipun dirinya sudah tiada. Segala kenangan manis, gurau sendanya akan Siti simpan dalam lipatan kenangan sampai bila-bila,” katanya kepada BH Online.

Allahyarham pernah mencipta banyak lagu buat penyanyi berusia 39 tahun ini antaranya Cindai, Balqis dan Nirmala. Menerusi laman Instagram Siti Nurhaliza, beliau ada memuatnaik sekeping foto bertulis ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali’ beserta kapsyen Al- Fatihah.

Dalam masa sama, penyanyi Noraniza Idris turut berduka cita dengan kehilangan Allahyarham Pak Ngah.

Noraniza Idris yang mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional melihat Pak Ngah sebagai seorang yang kuat semangat, penggerak utama dalam memartabatkan irama Malaysia, mentor dan idola buat dirinya.

“Pak Ngah meninggalkan kita sebagai pejuang negara yang mempertahankan irama Malaysia, sebuah lambang jati diri kepada rakyat. Kita patut bangga dengan jasa yang dicurahkan, bukan hanya sebagai pencetus kepada irama terbabit.

“ Allahyarham juga adalah wira negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang muzik di luar negara.

“ Kita kehilangan permata negara yang sangat besar ertinya dalam hidup dan seni budaya kita,” katanya dalam nada sebak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Apr 2019
Featured Wed, 6 Sep 2023

Nur Fazura Teruja Diberi Peluang Beri Soalan Tentang Kekuatan PM Ketika Dalam Penjara – “Keyakinan Saya Untuk Bawa Perubahan…”

“Sabar, guna kebijaksanaan, bina kekuatan, iman, kuatkan akal, jaga disiplin, baca sebanyak mungkin”. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Penyanyi Ddu-Du-Ddu-Du Datang KL 23 Februari 2019

Wohooo…siapa kat sini excited macam we all? Tak sabarnya!

Featured Wed, 5 Jul 2023
Featured Wed, 28 Jul 2021

“Jangan Buang Masa”- Redza Minhat Mahu Golongan Antivaksin Dipulaukan

Setelah timbul pelbagai isu mengenai golongan antivaksin dalam kalangan selebriti tempatan sendiri, pelakon Redza Minhat mengambil pendekatan dan memberi nasihat agar orang ramai  memulau golongan ini. Menerusi laman Twitternya, Redza menulis bahawa gologan seperti ini […]

Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Langgan Tonton Sekarang & Rebut Peluang ‘Healing’ Bersama Kunto Aji!

Wah, jom healing dengan Kunto Aji, langgan Tonton sekarang!

Featured Fri, 2 May 2025

“Kau Tahu Ke Saja Buat Sengal?” – Abby Abadi Backup Cik Epal, Bekas Suami Dakwa Sengaja Bangkit Isu Anak Untuk Pergi ‘Berjimba’

Abby sempat berkongsi hantaran mesej langsung (Direct Message) yang diterima untuk melaga-lagakannya dengan pempengaruh wanita berkenaan.

Featured Mon, 21 Aug 2023
error: Content is protected !!