Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 6, 2023 @ 7:09pm

Nur Fazura Teruja Diberi Peluang Beri Soalan Tentang Kekuatan PM Ketika Dalam Penjara – “Keyakinan Saya Untuk Bawa Perubahan…”

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura mencuri perhatian apabila hadir ke sebuah acara bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Program Santai Bersama Anwar di Jakarta.

Menerusi sebuah video siaran langsung di Facebook Anwar, aktres jelita filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu tampil memberi soalan ketika di sidang media acara tersebut.

Fazura bertanyakan kepada Anwar berhubung inspirasi dan kekuatan beliau ketika berada dalam penjara.

“Sewaktu Datuk Seri dalam penjara, apakah kekuatan Datuk Seri dan juga mungkin boleh beri nasihat kepada anak-anak muda kita bagaimana mereka terus kekal semangat dalam mengharungi ujian dalam hidup. Terima kasih, Assalamualaikum,” ujarnya.

Sementara itu, Anwar menjawab persoalan isteri kepada aktor Fattah Amin itu secara ikhlas dan tidak melibatkan politik.

Jelas Anwar, antara perkara yang menyuntik kekuatan dan semangat dalam dirinya ketika di penjara adalah isteri tercinta,Datuk Seri Wan Azizah, anak-anaknya dan keyakinan diri yang tinggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kool101my (@kool101my)

Dalam video sama, Anwar turut memberi pesanan kepada anak muda untuk kuasai pelbagai ilmu dan berbeza cabang.

“Kalau saya boleh jawab dalam jawapan politik itu lain, tapi saya nak jawab dengan jawapan ikhlas. Saya jawab macam tu je la, hafal Al-Quran,baca hadis, ingat Azizah nyanyi lagu Azizah nyanyian P Ramlee yang terkenal itu.

“Apa yang menyebabkan saya bertahan itu adalah kerana keyakinan saya, ampun bukan bermaksud saya nak tunjuk saya hebat, tidak. Saya nak ceritakan pengalaman peribadi.

“Saya juga fikirkan Azizah dan anak-anak diluar. Saya mahu sihat dan kuat jadi bila berdepan mereka, jangan tunjuk kesedihan.

“Kalau tanya saya kerana keyakinan dan saya mahu bawa perubahan. Saya lawan korupsi, menegakkan keadilan. Bukan satu hal yang mudah.

“Sabar, guna kebijaksanaan, bina kekuatan, iman, kuatkan akal, jaga disiplin, baca sebanyak mungkin. Saya mahu persiapkan diri saya menguasai ilmu dalam pelbagai bidang supaya bila keluar dari pejara dan terus bertempur dari segi ideas,” tutur beliau.

Semetara itu, di ruangan Instagram, Fazura meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang untuk menyertai program tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Artikel Berkaitan: “Dialog Tak Semua Tepat.. Tetapi Peristiwa 23 Tahun Itu Tinggal Kesan Mendalam” – Perdana Menteri Sukar Tonton Filem Anwar: The Untold Story

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Aug 2024
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

3 WANNA ONE FANS ARRESTED AND DETAINED BY MALAYSIAN GOVERNMENT!

Three Wannables detained in Malaysia for four days prior to Wanna One’s fan meting due to selling their self-produced goods at the fan meeting. Click in to see more info.

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
familuv Wed, 18 Mar 2020

Cara mengesan gejala COVID-19 mengikut hari. Selamatkan keluarga anda!

Selalu periksa keadaan pasangan dan anak-anak

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

“Selera Makan Saya Kuat” – Risteena Tolak Dakwaan Sudah Berbadan Dua

Kalau Risteena hamil mesti diorang akan umum nanti! Sabar ye

Featured Mon, 9 Mar 2020

Kira kalori minimum untuk turunkan berat badan

Hasilnya pasti mengujakan, jom buat!

error: Content is protected !!