Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 6, 2025 @ 6:37pm

Polis Rampas 6 Jenis Ubat Dari Kediaman Ridzokumura Untuk Siasatan Kematian Akiko

Polis telah merampas enam jenis ubat dari kediaman usahawan serta pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzokumura, bagi membantu siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, pada Jumaat lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kes ini masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun siasatan terus dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Fokus Siasatan: Ubat dan Keadaan Kesihatan Mangsa

Hussein menjelaskan pihak polis sedang meneliti sama ada mangsa mempunyai sebarang masalah kesihatan atau kemurungan yang memerlukan pengambilan ubat-ubatan tertentu.

“Ada beberapa ubat dalam bentuk pil yang kita rampas daripada rumah itu (tempat kejadian) yang dipercayai daripada Jepun (negara asal Akiko).

“Kita akan dapatkan bantuan daripada pihak kedutaan (Jepun) untuk kenal pasti apa ubat-ubat yang dia (Akiko) ambil, yang mungkin ada kaitan dengan insiden ini,” katanya kepada Harian Metro.

Ketika ditanya mengenai sejarah perubatan Akiko, Hussein berkata siasatan masih dijalankan bagi menentukan sama ada mangsa pernah menerima rawatan kemurungan di Malaysia atau di negara asalnya, Jepun.

Pihak polis juga akan mendapatkan bantuan pakar dari Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengenal pasti kandungan dan kegunaan ubat-ubatan yang dirampas.

“Sekiranya kita perlukan bantuan pihak di Jepun untuk kita dapatkan maklumat lanjut berhubung ubat-ubatan ini, maka kita akan minta bantuan pihak kedutaan Jepun,” tambahnya.

Rakaman Keterangan dan Perkembangan Siasatan

Sehingga kini, polis telah mengambil keterangan enam individu, termasuk suami mangsa serta anaknya.

“Empat lagi individu yang dirakam keterangan adalah kakitangan hospital yang menjalankan bedah siasat serta saksi awam yang ada di tempat kejadian semasa mayat mangsa ditemui,” kata Hussein.

Semalam, beliau turut mengesahkan wanita warga Jepun berusia 50-an yang dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, adalah Akiko.

Walaupun kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) kerana tiada unsur jenayah ditemukan setakat ini, pihak polis tetap akan menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk dari sudut kriminologi.

Jenazah Akiko telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, pada Sabtu lalu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Feb 2026

Sarimah Ibrahim Mohon Henti Normalisasi Adegan Nangis Melampau

Menurut Sarimah, lakonan yang hebat tidak dinilai dari lontaran skrip yang lantang mahupun luahan emosi berlebihan

Featured Wed, 16 Mar 2022

“Memang Limited…”- Alif Satar & Izzue Islam Dipuji Sehingga Netizen Wujud ‘Persatuan Suami Setia & Handsome’!

Kadang-kadang Min pun lupa diorang ni suami orang 😂 Segak, bergaya dan paling utama SETIA kepada isteri. Untungnyaaaa 🤩😍

Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Hiburan Tue, 14 Jan 2025

Izara Aishah Lebih Tegas Lepas Bertudung, Pilih Naskhah Kisah Keluarga Daripada Cinta 

Izara Aishah tolak drama tentang cinta, bayaran lebih setimpal

Hiburan Thu, 26 Dec 2024
Featured Mon, 21 Aug 2023

Khai Bahar Sebak Fikir Keadaan Ibu, ‘Malas’ Ambil Serius Isu Fitnah & Kontroversi

Sebaknya! Ibu tiada duanya dalam dunia ni tau😭😭😭😭

Featured Wed, 18 Jun 2025

Isteri Selamat Bersalin Anak Lelaki, Fizo Omar Syukur Diberi Peluang Sambut Kelahiran Bayi

Fizo Omar meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan anak keempat mereka yang juga seorang bayi lelaki.

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

那英王菲低调同框疑合体为春晚录制歌曲

日前有网友在微博晒出那英王菲合唱歌曲录音完成之后的合影,据悉,两人将在央视春晚上合唱《重逢》,不少网友纷纷表示期待二人的合体。

error: Content is protected !!