Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 21, 2023 @ 1:00pm

Khai Bahar Sebak Fikir Keadaan Ibu, ‘Malas’ Ambil Serius Isu Fitnah & Kontroversi

Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35), Khai Bahar tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja berkongsi mengenai keadaan ibunya, Rosnah Muhammad, 61, yang di diagnosis mengalami sakit buah pinggang tahap akhir.

Menurut Khai, keadaan ibunya yang tidak menentu membuatkan dia berasa terkilan tidak dapat pulang ke kampung akibat tuntutan kerja, apatah lagi sekarang ini ibunya itu dilaporkan berada di wad hospital akibat mengalami sesak nafas.

“Keadaan mak saya sekarang makin merosot, dia kan sakit buah pinggang yang final stage.

“Kadang saya rasa terkilan, saya busy. Saya tak boleh nak expect keadaan dia macam mana. Baru ni dapat info daripada group family, mak sekarang masuk wad akibat sesak nafas. Keadaan dia semakin teruk, paru-paru dia semua masuk air,” katanya ketika temu bual bersama program Melodi.

Susulan situasi tersebut, Khai atau nama penuhnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 29, mengaku berdebar setiap kali menerima pesanan mesej dari keluarga.

Malah, dia sentiasa berdoa agar diberikan masa dan ruang untuk terus berbakti kepada ibunya yang kini menjadi keutamaannya.

“Memang berdebar setiap kali dapat whatsapp sebab mak saya ni memang jenis takut nak pergi hospital, dia di tahap final so dialisis dia seminggu tiga kali dan nak buat dia pegi tu kena pujuk dia. Kalau saya pujuk dia pergi. Sekarang itu cabaran saya. 

“Saya hanya mampu berdoa dan mengharap semua anak-anak dia pulang, sebab dia nak perhatian dari anak-anak dia.

“Macam baru-baru ni, saya cuba pulang ke kampung ada masa saya boleh balik saya balik, demi nak happy kan mak saya.

“Selagi dia masih ada, kita boleh tengok dia dan dia boleh tengok kita dan kita pun tak tahu macam mana keadaan dia. Sekarang ni pun tengah risau sebab dia warded. 

“Saya tahu limit saya macam mana, saya tak adalah nak menanggung beban yang berat sangat. Saya cuma nak mak saya sihat. Tapi keadaan dia yang semakin hari, semakin tak baik menyebabkan saya macam tanya diri sendiri bila lagi nak balik jumpa dia,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Bayang ini menegaskan, dia enggan mengambil pusing mengenai kontroversi yang timbul melibatkan dirinya termasuklah ada yang mempertikaikan latar belakang rakan-rakannya ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini.

Bahkan, dia memohon maaf sekiranya tindakannya itu menyinggung hati mana-mana pihak.

“Kalau ada apa-apa hal yang datang saya tak ambil port, nak cakap atau hina, nak kutuk saya, cakap itu dan ini saya tak kisah, yang saya kisah adalah ibu saya.

“Kalau saya ada buat salah dengan orang, saya minta maaf buat terguris hati, sebab saya pun tak kenal siapa saya okay je. cuma saya fokus mak saya je.

“Saya tidak memilih siapa kawan saya, kadang ada  orang tegur kenapa kawan dengan dia ni? Tak tengok ke background dia macam mana? Dan banyak lagi…  tapi mereka adalah team Khairose dan masa tu adalah masa untuk bercuti di luar.

“Saya tidak salahkan individu yang sebarkan cerita fitnah, saya tak ambil serius, itu pendapat masing-masing. Tapi kalau cerita melibakan family, saya akan tindakan,”ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Feb 2024

Kini Bergelar Datin, Atikah Suhaime Enggan Goyang Kaki – “Apapun Gelaran Saya Tetap Mahu Jadi Wanita Bekerjaya”

Betul waniata kena ada kerjaya sendiri walaupun suami duit kepok-kepok okay!

Hiburan Tue, 23 Sep 2025

Erra Fazira Nafi Dakwaan Sudah Tetap Tarikh Nikah Dengan Ezwan Zain

Erra Fazira lebih selesa memilih majlis yang sederhana

Hiburan Fri, 29 Dec 2017

“Itu Aurat Dan Dosa Saya,” Noorkhiriah

Pelakon berbakat Noorkhiriah berharap permintaannya agar drama lakonannya sebelum menutup aurat tidak diulang siar tidak disalah erti.

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Impian Jadi Kenyataan, Syamel Mampu Beli Kereta Mewah Okay!

Wah, lepasni bolehlah tumpang kereta Syamel ronda-ronda

Events Tue, 30 Oct 2018
Featured Tue, 11 Jun 2019
Hiburan Mon, 27 Apr 2026

Ulasan Konsert: Vibe Digital Jadi Realiti Di Malam FYP Timur, Zepp KL Bergema Dengan Nuansa Timurnesia!

Malam FYP Timur bukan sekadar line-up artis popular, tetapi percubaan membawa vibe For You Page ke dunia nyata.

Trending Thu, 19 Aug 2021
error: Content is protected !!