Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 19, 2021 @ 2:39pm

Banjir Yan: Saksi Hanya Mampu Nampak 2 Penunggang Hanyut Depan Mata

Fenomena banjir kilat yang berlaku di kawasan persekitaran Hutan Simpan Gunung Jerai pada Rabu disifatkan penduduk sebagai tsunami kecil kerana mengakibatkan banyak kerosakan dan meragut beberapa nyawa setakat ini.

Menurut penduduknya yang dikenali sebagai  Norhazle Othman, 36, kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu terlalu pantas kerana pada masa tersebut beliau dan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai berkerja di Muzium Perhutanan Gunung Jerai.

“Waktu itu kami berada di belakang sebuah Proton Persona dan ternampak pokok tumbang di bahagian depan.

“Kami pergi ke bahagian depan kereta itu untuk parkir motosikal dan cuba nak bantu pemandu kereta itu secara tiba-tiba terdengar bunyi meletup dengan kuat dari belakang sebelum ternampak kepala air ,”

“”Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya nampak sendiri kepala air sebelum menghanyutkan dua penunggang motosikal di belakang ” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN :  Banjir Yan: 3 Lelaki Maut, 3 Lagi Mangsa Masih Hilang

Norhazle berkata, dia hanya mampu menyaksikan dua penunggang motosikal itu dibawa arus deras kerana kepala air itu betul-betul di tempat mereka berada dan tidak mampu membantu kerana ketika itu, hanya mampu menyelamatkan diri sendiri.

“Bunyi deras sangat kuat, perasaan takut hanya Allah SWT yang tahu…”

Tambahnya, bunyi arus deras itu sangat kuat kerana kepala air itu turut membawa batu dan pokok.

“Bunyinya sangat kuat, malah ketika kejadian, sebuah kereta milik TM yang berada di belakang dua motosikal itu terselamat, walaupun hampir terjunam ke dalam gaung.

“Perasaan takut hanya Allah saja yang tahu kerana tak pernah saya tengok kepala air sebegitu kuat,” jelasnya selepas dibawa turun oleh pasukan bomba dan dibantu oleh malim Gunung Jerai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan, setakat ini terdapat 20 pekerja Jerai Hill Resort masih berada di puncak Gunung Jerai kerana terkandas akibat kejadian tersebut.

 

Sumber  :Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Tue, 2 Aug 2022

[VIDEO] “Lari Bang Lari” – Selamba Ajak Hael Husaini Makan Bersama, Ratu Farah Diva Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Fuhh! Ratu punya konfiden memang cenggini 👍 Ada jual dekat shopee tak konfiden macam Ratu ni? Min nak beli jugak! 😂

Featured Thu, 2 Jan 2025
Trending Wed, 21 Nov 2018

日本麦当劳推「超Q」薯条饮料提篮!

说到日本就一定会跟「限定」扯上边!日本麦当劳今年冬天不仅推出了许多限定餐点,还与Sanrio三丽鸥及TOMY PLARAIL铁道王国合作,推出了超实用的饮料提篮!

Featured Fri, 11 Nov 2022

“Muka Dia Berkilat Betul…” – Gementar Nyanyi Live, Netizen Puji Rupa Paras Chombi

Lagu ‘Sayunk I Love You’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam, 15, tular di internet, bahkan pemilik suara itu sekarang turut menjadi tumpuan ramai. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna […]

Featured Sat, 23 Aug 2025
error: Content is protected !!