Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 20, 2023 @ 6:58pm

Hidayah Tak Rebut Harta Pusaka, Peguam Perjelas Rumah Arwah Ibu Ali Puteh Disita

Pempengaruh dan bekas peguam, Reina Lum tampil memberi penjelasan mengenai rumah arwah ibu pelawak Ali Puteh bakal disita untuk melunaskan tuntutan sebanyak RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali seperti yang diperintahkan mahkamah.

Sebelum ini, Ali meluahkan rasa kecewa apabila masalah yang berlaku telah melibatkan rumah ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Mampu Bayar Hutang Hidayah Sebanyak RM60,000, Ali Puteh Terkejut Rumah Arwah Ibu Pula Bakal Disita

Menerusi perkongsian Reina di TikTok, mengikut sudut perundangan, rumah yang terletak di Gombak, Selangor itu sudah menjadi hak miliknya atau pendapatan masa depan Ali memandangkan ibunya telah meninggal dunia.

“Orang yang dah meninggal, tidak boleh memegang harta. Jadi rumah tu mengikut hukum faraid adalah future income Ali. Dari segi undang-undang, harta tu dia punya sebab ibunya sudah tiada,” katanya.

Selain itu, Reina berpendapat bahawa tindakan mahkamah itu adalah untuk memudahkan Ali berbanding dia terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk membayar hutang tersebut.

“Daripada you ambil pinjaman peribadi, kena jual kereta atau sebarang harta untuk bayar balik hutang tu, baik you ambil je harta (rumah arwah ibu) yang akan datang kepada you. Jadi you takkan rasa pun you dah bayar (hutang),” ujarnya.

@reinalum Replying to @si_sepet86 Konsep #hartapusaka ✌🏼 #aliputeh #norhidayah #abambocey #bocey #undangundangmalaysia #viralmalaysia #hutang ♬ original sound – Reina Lum

Difahamkan, Ali atau waris ahli keluarga akan mendapat baki jika rumah arwah ibunya bernilai lebih daripada RM60,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

Lepas Berdamai, Taylor Swift Ajak Katy Perry Jadi ‘Burger’ Dalam Muzik Video YNTCD

Selepas 13 jam tayangan video muzik tersebut telah mendapat 12 juta tontonan di YouTube.

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Hael Husaini Lancar Single ‘Hari Ini’

Wow! Min dah tengok dah mv lagu ni. Peminat Hael jangan makan hati pulak ye!

Trending Sat, 2 Feb 2019

Datuk 75 Tahun Beri ‘Mahar’ Kebun Cengkih

Nikahi Gadis 18 Tahun, Datuk 75 Tahun Beri ‘Mahar’ Kebun Cengkih

Trending Thu, 18 Jun 2020

Duduk Semeja Melebihi 4 Orang Kini Dibenarkan

Yeay! Dah boleh makan ramai-ramai

Hiburan Wed, 26 Feb 2025

Imran Bard Mengaku Khilaf, Tampil Mohon Maaf Pada Ellie Suriaty

Imran mengaku bertanggungjawab sepenuhnya diatas khilaf yang berlaku.

Trending Thu, 3 Dec 2020
Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Momen DSV, Datuk Fazley Bertaranum Baca Al-Quran Curi Perhatian Ramai – “Nak Jadi Imam Kena Pandai Mengaji”

DSV dilihat tekun mendengar Fazley memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah

error: Content is protected !!