Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 3, 2020 @ 10:50am

Syarat Layak Mohon i-Sinar, Pengurangan Sehingga 30 Peratus

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dalam satu kenyataannya memberitahu, kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar kini dibuka kepada sehingga lapan juta ahli yang layak.

Antara kelayakan ialah Kategori 1 iaitu ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori 1

Bagi pemohon yang terdiri dari kategori satu, ini adalah kriteria layak memohon adalah seperti berikut :

  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020

Bagi kategori ini:

  1. Tiada dokumen sokongan diperlukan
  2. kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.
  3. Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020.

Manakala, pembayaran akan dilakukan pada pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Kategori ke-2 pula adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Jumlah kelayakan i-Sinar

Jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

  1. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Ahli juga dinasihatkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah akti untuk melancarkan proses permohonan.

Sumber : KWSP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Wed, 16 Jul 2025

Anak Dikritik Tomboy, DSV Doa Cik B Jadi Seperti Arwah Nurly Shahirah – “Hidup Penuh Cinta Pada Al-Quran”

DSV bidas netizen kritik Cik B tomboy, harap jadi seperti Arwah Nurly Shahirah

Featured Mon, 13 Apr 2026

“Jangan Dia Minta Bau Simen Pula”- Harris Annuar & Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Pelakon Harris Annuar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Asha Merican kini sedang hamil anak kedua mereka.

Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Trending Tue, 27 Nov 2018

Melamar Di Stadium BUKAN Gimik, Lelaki Gentleman Ini Dedah Cerita Sebenar

Mula-mula saya pun takut nak melamar di stadium maklum saja bimbang penerimaan penonton…

Trending Sat, 15 Dec 2018

Siapa Anak Kerabat Di Raja Pakai Baju ‘Kitar Semula’

Pernah tak anda terfikir yang kerabat di raja juga mengamalkan sikap sebegini? 

error: Content is protected !!