Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 20, 2024 @ 2:07pm

Alami Masalah Tekanan Teruk, Dina Nadzir Ubah Penampilan & Gaya Hidup… Berjaya Hilang Berat Badan 10 Kg! – “Lepas Ni Nak Ambil Lesen Menyelam & Motosikal”

Penyanyi, Dina Nadzir nekad mengubah gaya hidup dan penampilan dirinya selepas mengalami masalah tekanan yang teruk sejak tahun lalu.

Dina atau nama lengkapnya Faradina Mohd Nadzir berkata langkah pertama yang diambil untuk merawat masalah tekanannya itu adalah dengan memotong rambut pendek dan mengamalkan diet.

“Kali pertama saya kena masalah tekanan adalah pada tahun lalu, ketika itu saya apabila bangun dari tidur saya menangis tanpa sebab, selain rasa malas nak bekerja.

“Tahun ni bulan Mac, perkara sama terjadi lagi tetapi ketika itu saya dah mulakan diet.

“Saya pernah berjumpa seorang psikiatri secara tak sengaja. Rupanya doktor kata saya mengalami kemurungan sederhana.

“Ada kala saya rasa serba tak kena dengan diri sendiri. Disebabkan itu, tekanan datang dan rasa tak gembira apabila tengok diri sendiri di cermin.

“Saya fikir diri ini tak berapa baik, saya fikir perkara yang saya tak suka tengok adalah penampilan diri sendiri.

“Jadi saya potong rambut. Itu perkara paling cepat saya fikir untuk membuatkan saya rasa sedikit tenang,” katanya.

Dina Nadzir

Dalam pada itu, Dina turut memaklumkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) selepas mengamalkan pemakanan sihat.

Malah, penurunan berat badannya itu telah menyuntik semangat baru dalam hidup Dina untuk melakukan aktiviti bersama rakan-rakan seperti mengambil lesen menyelam dan berazam memiliki lesen motosikal.

“Kemurungan juga membuatkan saya ambil langkah untuk berubah. Saya amalkan diet dan Alhamdulillah, berat badan saya dah turun sebanyak 10 kilogram dalam tempoh sebulan.

“Sekarang saya sasar nak capai berat badan bawah 100 kilogram.

“Sebelum ini, saya banyak ketinggalan apabila rakan-rakan buat aktiviti bercuti dan sebagainya. Jadi selepas ini saya bernekad nak ambil lesen menyelam dan motosikal,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Dina berkata dia mempunyai perancangan untuk menghasilkan beberapa single baharu selepas lagu duet bersama XPOSE band berjudul Raya Di Rumah Dinda mendapat sambutan hangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 May 2020

[TERKINI] Palsu Dokumen Rentas Negeri, Penjawat Awam Ini Didenda RM1,800

Inilah akibatnya palsukan dokumen rentas negeri.

Trending Sat, 24 Oct 2020

Darurat Kesihatan Dijangka Akan Dilaksanakan

Semoga baik-baik sahaja Malaysiaku!

Featured Tue, 16 Jul 2024
Featured Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Tue, 9 Jun 2026

Ulasan Konsert: Karya Kak Pah Terus Hidup, A Tribute to Sharifah Aini Jadi Malam Penuh Nostalgia

Susunan muzik yang megah dan sinematik memberi gambaran jelas malam itu bukan sekadar persembahan biasa, tetapi sebuah penghormatan yang disusun dengan penuh teliti dan rasa hormat terhadap legasi seni yang ditinggalkan.

Featured Thu, 13 Jan 2022

“Buat Baik Dibalas Baik” – Abang Viva Dapat Hadiah Superbike

Pada masa ini, orang ramai mesti sudah mengenali nama Azwan Omar, atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang telah banyak membantu mereka yang menghadapi kesusahan ketika banjir melanda sebelum ini. Sebelum ini, kita mendengar cerita tentang […]

Featured Sat, 24 May 2025
error: Content is protected !!