Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 23, 2025 @ 3:13pm

Syamel Cipta Sejarah Baharu Dalam Fanmeet Intim ‘PERTAMA’

Penyanyi berbakat besar, Syamel, mencatat satu lagi pencapaian penting dalam kerjaya seninya apabila menganjurkan fanmeet intim pertamanya bertajuk PERTAMA – A New Journey Together with Me, Syamel di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), malam tadi.

Acara eksklusif ini menjadi detik baharu yang mengukuhkan hubungan antara Syamel dan para peminat yang sentiasa menjadi nadi perjalanan seninya.

Syamel menjelaskan segala persiapan menuju acara tersebut berjalan seperti yang dirancang.

“Alhamdulillah, semuanya mengikut perancangan. Hasrat utama saya adalah menyatukan semula peminat lama dan peminat baharu supaya kita dapat meneruskan perjalanan ini bersama,” katanya.

Fanmeet itu dibuka dengan persembahan langsung sebelum beralih kepada sesi perkongsian santai yang memberi peluang kepada peminat memahami perjalanan seni dan inspirasi Syamel.

Peminat turut menerima sneak peek mengenai album pertama yang dijadualkan terbit pada tahun 2026. Selain itu, para peminat berpeluang mendapatkan merchandise eksklusif dan menyertai sesi soal jawab secara langsung.

@xtra_my Lagu broken kegemaran, Hidup Dalam Mati. Lagu ni juga yang melonjakkan nama Syamel dalam industri. Best tauu showcase PERTAMA Syamel 🫠❤️💥 #xtramy #xtratonton #SyamelPertama ♬ original sound – XTRA

Pelantun lagu Hidup Dalam Mati itu turut meluahkan rasa terharu dengan sambutan hangat yang diterima.

“Jujur saya tak jangka sambutan sampai begitu sekali. Energi dan sokongan yang mereka berikan pada malam PERTAMA sangat menyentuh hati saya. Ia benar-benar membuktikan betapa kuatnya sokongan mereka selama ini,” katanya.

Konsep fanmeet ini lahir daripada keinginan Syamel untuk mewujudkan hubungan paling dekat bersama peminat yang setia menyokong kerjayanya.

“Matlamat saya adalah untuk mencipta persembahan yang membolehkan kita saling melihat wajah masing-masing, supaya wujud rasa dekat itu.

“Tak lama pun saya hiburkan mereka lebih kurang sejam lebih, tetapi mereka sudah meluangkan masa dan duit bertahun-tahun untuk menyokong saya. Jadi saya rasa ini sangat berbaloi untuk dilakukan,” kongsinya.

Sebagai pertemuan intim pertama, Syamel berharap peminat dapat memahami dirinya dengan lebih mendalam.

@xtra_my Bangmel belanja lagu Hamba Cinta di Showcase PERTAMA Syamel. Memang layan lagu ni! #xtramy #xtratonton #SyamelPertama ♬ original sound – XTRA

“Harapan saya, peminat dapat mengenali hati dan sisi peribadi saya dengan lebih dekat. Saya sebenarnya bukan jenis yang selalu berkongsi kisah peribadi, jadi PERTAMA memberi ruang untuk mereka melihat sisi yang jarang saya tunjukkan,” katanya.

Berkongsi tentang persiapan, Syamel menyatakan fokus utamanya ialah memastikan setiap aspek persembahan berada pada tahap terbaik.

“Apa yang sentiasa bermain di fikiran saya adalah bagaimana untuk memberikan persembahan paling mantap. Susunan muzik, pemilihan lagu, dan keseluruhan penyampaian perlu berada pada tahap terbaik,” ujarnya.

Pada malam tersebut, peminat turut dipersembahkan lagu baharu Syamel berjudul Beribu Tanda Tanya, ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim. Lagu sarat emosi itu membawa pendengar menyelami kekeliruan dan keresahan jiwa yang dihimpit persoalan yang belum pernah terjawab, selain meluahkan harapan dan kesedihan mendalam.

Menutup bicara, Syamel menyatakan keterujaannya untuk menganjurkan sesi seumpama itu lagi pada masa depan.

“Saya memang menantikan pertemuan seterusnya bersama peminat. Semoga mereka terus jadi yang pertama menerima apa-apa berita dan pengumuman eksklusif daripada saya,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Mar 2025

Shiha Zikir Tegur Individu ‘Kaki’ Sebar Fitnah – “Apa Masalah Cik Kak? Meroyan Ke?”

Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa kesal terhadap individu yang didakwa selalu menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Kantoi Dadah…Pelawak Terkenal Indonesia Ditangkap Polis!

Pelawak terkenal Indonesia, Nunung ditahan pihak Polis Indonesia selepas didapati terbabit dengan pengambilan dadah jenis syabu. Nunung yang mengacarakan program terkenal di Indonesia, Ini Talkshow ditahan bersama suami, July Jan Sambiran di kediaman mereka. Penahanan […]

Hiburan Fri, 15 Aug 2025

Hot FM Cipta Rekod ASEAN, 90 Minit Bersiaran Langsung Di Kedalaman 10 Meter Dasar Laut Pulau Bidong

Hot FM cipta sejarah bersiaran langsung dalam 10 meter laut selama 90 minit

Featured Mon, 21 Jun 2021

“Beautiful Name” – Nama Anak Ketiga Lisa & Yusry Curi Perhatian Ramai

Pasangan selebriti Datuk Yusry Abdul Halim dan isterinya, Datin Lisa Surhani akhirnya mengumumkan nama anak ketiga mereka selepas seminggu menimang cahaya mata pada 15 Jun lalu. Menerusi perkongsian di Instagram, Lisa mendedahkan anak ketiganya itu diberi nama Yunos […]

Featured Tue, 23 Sep 2025

Drone Makin Banyak, Ardell Aryana Minta Nadzmi Adhwa Bertenang – “Isteriku Memang Seorang Pahlawan”

Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi keadaan isterinya yang juga pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana.

Trending Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Sun, 2 Feb 2020

Tahniah…Vanessa Angel Bakal Bergelar Ibu!

Alhamdulillah…Tahniah Vanessa & Bibi!

Featured Tue, 5 Nov 2024

Selesai Rekod Persetujuan Nafkah Idah & Anak, Fazura Fail Tuntutan Hadanah Terhadap Fattah Amin

Perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak akan ditetapkan tidak lama lagi. Doakan yang baik-baik buat Faz dan Fattah Amin!

Trending Sat, 10 Feb 2018

AJL32: PENTAS AJL BERHANTU????

Pentas AJL berhantu??? Alamak! macam mana tu?

error: Content is protected !!