Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 23, 2025 @ 2:30pm

Drone Makin Banyak, Ardell Aryana Minta Nadzmi Adhwa Bertenang – “Isteriku Memang Seorang Pahlawan”

Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi keadaan isterinya yang juga pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana.

Menerusi hantaran di Threads, Nadzmi kelihatan berkongsi tangkap layar pesanan WhatssApp antara dirinya dan isteri tercinta yang kini dalam misi kemanusiaan bersama 34 delegasi dari Malaysia yang terlibat dalam Global Sumud Flotilla (GSF).

Kata pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan 2 itu, isterinya memaklumkan mengenai keberadaan drone yang semakin banyak terutamanya pada waktu malam.

Namun, enggan dirinya berasa bimbang dengan berita tersebut, Ardell memintanya untuk kekal tenang.

“Semalam dan hari ini memang dah start drone banyak. Tapi malam lagi banyak.

“Dia nak tengok berapa kapal lah tu? Awak tenang, tak ada apa,” katanya.

Mengaku risau dengan laporan yang diberikan isteri tercinta, Nadzmi bagaimanapun menyifatkan Ardell sebagai seorang pahlawan dek kerana tidak takut dengan keadaan dan situasi yang berlaku di depan matanya.

“Drone banyak. Disuruhnya kita bertenang.

“Kau orang semua dekat sana kena tenang dan kuat. Memang isteri ku seorang pahlawan,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Oct 2023
Hiburan Sat, 18 Feb 2023
Featured Sat, 28 Jun 2025
Trending Tue, 24 Mar 2020
Featured Thu, 12 May 2022

“I Like My Hijab & I Like Dancing…” – Gadis Ini Cetus Kontroversi Dalam Temubual Berita Antarabangsa

Sabrina tak kisah dikecam kerana dia rasa buat perkara yang betul dan yakin dengan diri sendiri…

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Featured Fri, 1 Sep 2023
Trending Fri, 17 Jul 2020
error: Content is protected !!