Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 9, 2025 @ 8:51pm

Jelajah Budaya Dunia Dari Kaca Mata Rakyat Malaysia, SAYS Lancar Siri Video ‘Nandini Mana?!’

Platform media digital SAYS memperkenalkan sebuah siri video terbaharu berjudul Nandini Mana?!, sebuah eksplorasi unik merentas Asia hingga Eropah yang memaparkan kisah-kisah budaya, sejarah dan identity, semuanya dari perspektif seorang rakyat Malaysia.

Menampilkan Nandini Balakrishnan, Ketua Kandungan Video di SAYS sebagai hos, siri ini membawa penonton mengembara merentasi benua dengan bajet harian RM170 dan hanya dua penerbangan, selebihnya menggunakan pengangkutan darat, laut dan rel.

Di setiap lokasi, Nandini menggalas tiga cabaran utama iaitu makan makanan tempatan sahaja, belajar sekurang-kurangnya lima frasa bahasa tempatan dan kumpul satu kotak mancis sebagai kenangan simbolik.

Siri ini sudah pun mencuri tumpuan ramai apabila trelernya meraih lebih 625,000 tontonan dan lebih 900 komen di Instagram hanya dalam beberapa hari dan ia menjadi isyarat jelas penonton Malaysia dahagakan kandungan yang mendalam, menyentuh dan relevan dengan identiti mereka.

Dari Sri Lanka ke London: 2 Bulan, 3 Benua, 1 Perspektif Malaysia

Perjalanan Nandini bermula pada 30 Jun di Sri Lanka, dengan persinggahan di Colombo, Trincomalee dan Jaffna. Fokus episod pertama adalah menelusuri jejak diaspora Tamil dan persamaan budaya yang menghubungkan Sri Lanka dan Malaysia.

Tahukah anda wujud komuniti Melayu Sri Lanka?

Dalam episod sulung Nandini Mana?!, Nandini menemubual pemilik restoran wanita Melayu Sri Lanka dan menikmati masakan warisan komuniti itu. Episod tersebut mencatat lebih 470,000 tontonan, permulaan yang memberangsangkan buat siri ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAYS (@saysdotcom)

Seterusnya, Nandini meneruskan perjalanan ke India melalui feri, menjelajah kawasan seperti Trichy, Madurai, Pondicherry dan Chennai. Siri ini kemudian membawa penonton ke barat, bermula dari Istanbul, sebelum meneroka secara darat ke Greece, Macedonia Utara, Albania, Itali, Perancis, Sepanyol, Portugal dan berakhir di England.

Siri Jelajah Yang Jujur, Berwawasan & ‘Very Malaysian’

Nandini Mana?! bukan sekadar rancangan pelancongan biasa. Setiap minggu, video berdurasi 2 hingga 3 minit akan dimuat naik di media sosial SAYS, menampilkan momen penemuan budaya, refleksi sejarah dan hubungan yang tidak disangka dengan Malaysia.

Format kandungan memadukan gaya khas Nandini yang selamba, berani dan penuh humor, tetapi kali ini dengan sentuhan travelogue yang lebih peribadi.

“Saya nak jelajah tempat-tempat yang kelihatan jauh dari Malaysia, tapi sebenarnya sangat berkait dengan kita, sama ada dari segi makanan, migrasi, bahasa atau sejarah yang dikongsi bersama. Hubungan itu ada di mana-mana dan saya nak tunjukkannya secara jujur, mentah dan sangat Malaysia. Jom lawatan sambil belajar dengan saya!” kata Nandini.

Untuk mengikuti pengembaraan ini, ikuti @says di Instagram, Facebook dan TikTok, serta layari laman rasmi www.says.com untuk kemas kini terkini dan episod penuh Nandini Mana?!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Oct 2021
Featured Wed, 6 May 2026

“Saya Cantik Tau, Anak Saya Comel!” – Eyra Hazali ‘Warning’ Wanita Cuba Goda Suami

Eyra Hazali yang juga isteri kepada penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli memberi peringatan kepada segelintir wanita yang cuba mendekati suaminya.

Trending Mon, 9 Dec 2019

CEO Finas Diberi Tekanan Untuk Berhenti?

Ahmad Idham tamatkan kontral awal kerana ditekan.

Hiburan Sat, 5 May 2018

Takziah…Ibu Akim Meninggal Dunia

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin…

Trending Sun, 25 Mar 2018

Penceramah Bebas Ganggu Isteri Orang?

Setakat ini kita tidak boleh mengatakan dakwaan atau laporan itu benar atau sebaliknya kerana tidak semestinya apa yang dikatakan oleh pengadu itu betul. Ha, dengar tu. Siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu ya…

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Hanna Delisha Hanya Rakan Sekerja, Syafiq Kyle Masih Solo!

Artis atau orang biasa, bagi saya masing-masing ada kelebihan. Saya tidak mahu bongkak cakap menolak jodoh dalam kalangan artis atau bukan. Sebab kita tidak tahu jodoh dengan siapa. Betul tu Syafiq, sabar dulu ya!

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Featured Wed, 7 Jun 2023
error: Content is protected !!