Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 11, 2026 @ 1:12am

Menampilkan Kyuhyun & Ahof, K-Sarang Super Concert 2026 Bawa Kehangatan K-Pop Ke Malaysia April Ini!

Kehangatan budaya K-pop bakal kembali menyemarakkan Kuala Lumpur menerusi penganjuran K-Sarang Super Concert 2026 yang dijadual berlangsung pada 11 April depan di The Arch Galeries.

Acara muzik berskala besar itu akan menampilkan dua nama yang cukup dekat dengan peminat, iaitu vokalis terkenal Super Junior, Kyuhyun dan kumpulan K-pop yang semakin meningkat naik, AHOF (Artist Hall of Fame). Gabungan kedua-dua artis ini dijangka menghadirkan malam penuh warna dengan persembahan vokal mantap, koreografi bertenaga serta interaksi istimewa bersama peminat.

Dijadual berlangsung pada Sabtu, 11 April 2026 jam 6 petang, konsert berkenaan dianjurkan oleh HIFIVE Entertainment dan K-WAVE. Penganjur menyifatkan acara itu sebagai satu langkah baharu dalam memperkukuh pengalaman konsert K-pop secara langsung di Malaysia dengan menghimpunkan nama besar dan bakat baharu dalam satu pentas.

Menurut Pengarah Urusan HIFIVE Entertainment, Sean Pereira, penganjuran konsert tersebut membawa makna yang lebih besar daripada sekadar sebuah persembahan muzik.

“K-Sarang Super Concert bukan sekadar sebuah konsert, tetapi satu acara yang meraikan kecintaan terhadap K-pop serta semangat kebersamaan yang lahir daripadanya dalam kalangan peminat di seluruh dunia.

“Kami berasa bangga dapat membawakan sebuah konsert yang memberi peluang kepada peminat di Malaysia untuk merasai pengalaman lebih dekat bersama artis kegemaran mereka, sekali gus mencipta kenangan indah yang melangkaui bahasa dan sempadan,” katanya.

Kyuhyun sememangnya dikenali sebagai antara vokalis lelaki yang mempunyai kekuatan tersendiri menerusi lagu-lagu balada yang penuh emosi, selain keupayaannya menguasai pentas. Dalam masa sama, AHOF pula semakin mencuri perhatian menerusi persembahan yang bertenaga serta sokongan peminat global yang semakin berkembang.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan konsert ini, tiket ditawarkan secara eksklusif menerusi Ticket2U dengan empat kategori harga iaitu VIP berharga RM888, CAT 1 sebanyak RM748, CAT 2 berharga RM588 dan CAT 3 pada harga RM388.

Setiap pembeli tiket turut akan menerima Kad Foto Bertandatangan Digital dan Poster Bertandatangan Digital. Bagi kategori premium pula, beberapa keistimewaan tambahan turut disediakan termasuk akses sound check, sesi send off serta peluang mendapatkan foto Polaroid bertandatangan bagi pemegang tiket VIP terpilih.

Konsert K-Sarang Super Concert 2026 akan berlangsung pada 11 April 2026, jam 6 petang di The Arch Galeries, Kuala Lumpur, manakala tiket kini sudah mula dijual menerusi laman rasmi Ticket2U.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Atikah Suhaime Tak Kisah Suami Boroi Asal Berduit?

Siapalah agaknya yang dapat hinggap di hati Atikah?

Trending Sat, 9 Jun 2018

「毛巾卷一卷」就能折出可爱泰迪熊

喜欢自己动手DIY做些小东西的朋友,一定不能错过这篇!

Trending Thu, 6 Jul 2023

Papar Sengketa Pelajar Sekolah, Bintang Cheongdam High School International Kongsi Pengalaman

Mencabar betul pengalaman Ye Rim dan Eun Saem.. Agaknya siapa pembunuh sebenar?

Featured Tue, 22 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Tya Ariffin & Anak Buat Trend TikTok Curi Tumpuan Netizen

Umum mengetahui, anak-anak kepada selebriti Tya Ariffin sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelan mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Tya di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran itu, […]

Hiburan Thu, 30 May 2019

Fatin Husna Lega Dapat Pindah KL

Penyanyi Fatin Husna mengaku sanggup berpindah ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi. Fatin yang bernaung di bawah label syarikat rakaman NAR memberitahu dia kini lebih mudah menerima tawaran nyanyian tanpa perlu berulang-alik jauh. […]

Hiburan Mon, 15 Jul 2019
Featured Tue, 28 Feb 2023
Hiburan Fri, 25 Jul 2025
error: Content is protected !!