Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 22, 2022 @ 4:40pm

Comelnya! Gelagat Tya Ariffin & Anak Buat Trend TikTok Curi Tumpuan Netizen

Umum mengetahui, anak-anak kepada selebriti Tya Ariffin sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelan mereka.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Tya di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran itu, dia dan anak perempuannya, Azzahra Jiwa Ashraf atau lebih mesra disapa Ara mengikuti trend TikTok Terkini menggunakan lagu Love Story nyanyian Taylor Swift.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah ketika Ara sedang khusyuk merakam dan melihat ibunya menari sambil berkata.

“Kenapa ibu dance macam ini?” katanya di dalam video tersebut.

@tyaarifinnw Ara pelik kenapa ibu dance macam ni? 😅 #tyaarifin #jamumutyara #viral #fyp #lovestory ♬ Love Story (Taylor’s Version) – Taylor Swift

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak keruan memuji kecomelan Ara dan turut berkata senyumannya itu manis.

“Comelnyaaa.

“Comel lah dia senyum…

“Cantik segak elok aih anak ni esok ni besaq jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat okey.

“Manisnya senyuman awak.

Malah, ada juga segelintir yang menyakat dan berkata dance Tya mungkin agak pelik sehingga membuatkan Ara bertanya namun gelagat mereka berdua menari tetap comel dimata peminat.

“Dalam hati Ara mula-mula dia cakap “buang tabiat mak aku ini” last-last dia cakap “comel juga mak aku buat gini,” tulis salah seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 864,000 tontonan, 69,000 tanda suka dan 884 komen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Jun 2021

Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP Mulai 12 Julai 2021

Umum maklum, kerajaan telah mengumumkan pengeluaran KWSP iaitu sebanyak RM 5,000 kepada semua pencarum melalui inisiatif terbaharu, i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Berikut kami kongsikan maklumat lanjut mengenai syarat dan cara permohonan i-Citra. Apakah i-Citra […]

Hiburan Wed, 12 Feb 2020

Drama Band’s Performance On AJL34—Freedom Of Speech Or Mocking ‘Politics’?

Maybe Malaysia hasn’t yet fully accepted ‘freedom of speech’.

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

‘Sedih Tetapi Dah Terima Hakikat’- Pengarah Drama Nur

Saya berharap peminat tidak kecewa kerana…

Trending Tue, 6 Aug 2019

Insiden Bom Di Bangkok, Siapakah Suspek Utama?

Insiden Bom Di Bangkok Suspek Pernah Lawat Malaysia

Hiburan Mon, 13 May 2019

林志炫自夸声音不像53岁!还让粉丝叫他「男神」

暌违3年再次登上云顶云星剧场开唱的林志炫自夸声音不像53岁,还让粉丝叫他「男神」。

Hiburan Tue, 19 Nov 2024

“Sebab Kau, Pelakon Senior Ada Stereotaip Dengan Pelakon Baru” – Nadhir Nasar

‘Sebab kau pelakon senior ada stereotaip dengan pelakon baru’ – Nadhir Nasar

Hiburan Tue, 16 Aug 2022
error: Content is protected !!