Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom May 11, 2020 @ 4:00pm

Namanya mewah, rasanya nikmat dan bahannya ringkas, tart gulung Cadbury resipi wajib cuba!

Hampir di setiap rumah, pasti menjadikannya sebagai hidangan wajib pada hari Lebaran. Ibaratnya, tanpa kuih tart tidak berseri seleksi kuih raya di atas meja.

Sinonim dengan inti jam nanasnya, kuih tart juga melalui pelbagai evolusi dalam masakan baik dari segi olahan resipi, mahupun paras bentuknya.

Hijab & Heels hari ini berasa teruja untuk berkongsi dengan anda resipi tart gulung Cadbury.

Khabarnya, ramai yang dah cuba dan apa lagi mahu dinafikan akan rasa coklat Cadbury yang sememangnya sedap. Anak-anak pasti suka!

Proses membuatnya juga tidak susah dan seperti resipi dikongsikan pengguna Facebook, Sri Noratika Hassan, hanya menggunakan empat bahan sahaja.

Bahan-bahan

250 gram mentega/marjerin

1 sudu teh minyak sapi

3 1/4 cawan tepung gandum – disangai sehingga ringan dan diayak.

Kepingan coklat papan Cadbury secukupnya (empunya resipi guna Dairy Milk)

Acuan tart

Kuning telur sebagai hiasan

Foto: Sri Noratika Hassan

Cara memasak:

1. Satukan mentega dengan minyak sapi. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul menggunakan spatula hingga sebati.

2. Uli dan satukan bahan-bahan sehingga menjadi doh yang tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. Rehatkan dalam pendingin selama 5 hingga 10 minit sebelum diterap.

3. Masukkan doh ke dalam acuan dan terap ke atas dulang (jika doh tidak pecah atau tidak melekat pada dulang sewaktu digulung, ia menandakan doh tersebut sangat sempurna).

Foto: Sri Noratika Hassan

4. Ambil sekeping coklat dan gulung bersama doh yang sudah diterap tadi dengan secantik mungkin.

Foto: Sri Noratika Hassan

Foto: Sri Noratika Hassan

5. Akhir sekali, sapukan kuning telur di atas biskut dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160 darjah Celsius menggunakan api atas bawah.

Foto: Sri Noratika Hassan

Foto: Sri Noratika Hassan

6. Bakar selama 15 hingga 20 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar.

7. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang. Dah siap!

Foto: Sri Noratika Hassan

Foto: Sri Noratika Hassan

Mudah sahaja kan? Beberapa hari sebelum Hari Raya bolehlah buat. Bukannya apa kalau buat sekarang takut tak sampai satu hari dah licin! Selamat mencuba

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Dec 2022

Didakwa Pentaksub Anwar Ibrahim, Ini Jawapan Abby Abadi

Setelah lama menyepi dalam industri lakonan, pelakon Abby Abadi telah mencuri perhatian warganet kerana menjadi penyokong tegar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) @abbyabadi112 Pentaksub DSAI? Ohh tidakkk! Sy melihat kebenaran ini seawal 1998 […]

familuv Tue, 17 Mar 2020

Ambil peduli apabila anak buat perangai!

Kanak-kanak faham jika dididik sejak kecil.

Featured Fri, 21 Jan 2022
Events Sat, 14 May 2022
Featured Wed, 22 Mar 2023
error: Content is protected !!