Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops July 13, 2018 @ 4:00pm

Ada Satu Lagi Restoran Dimsum Halal Yang Baru Dibuka Di KL! Jom Singgah

Kalau anda suka masakan Cina secara amnya, anda mesti suka makan dimsum. Ia merupakan sejenis kuih-muih yang berasaskan doh kenyal dan berintikan sayuran atau makanan laut.

Ia dimasak secara kukus, jadi bila anda gigit, dimsum ini memang juicy dan gebu, lebih-lebih lagi kerana flavour intinya yang sedap dan meletup di dalam mulut. Woooh!

Malangnya, di Lembah Klang, ada segelintir saja restoran Cina yang menawarkan dimsum halal.

Tak apa! Bagi peminat dimsum, ada berita baik untuk anda! Kini ada satu lagi restoran masakan Cina yang halal yang boleh anda kunjungi!

Foto: Facebook My Dim Sum

My Dim Sum terletak di Setapak Central, dan perkara paling best tentang restoran ini adalah setiap item makanan yang dijual di sana berharga dari RM6.90 ke RM13.90 saja! Murah, kan?

Peminat dimsum gerenti akan suka kerana pengunjung ditawarkan dengan masakan dimsum daripada dua negara berbeza, iaitu Siu Mai dari Hong Kong, dan Xiao Long Bao dari Shanghai.

Foto: Twitter @yiyieeen

Tengoklah betapa sedapnya rupa dimsum yang dijual di sini! Presentation pun cantik, iaitu di dalam bekas pengkukus buluh atau di dalam pinggan porcelain Cina yang berwarna-warni.

Selain dimsum, restoran ini ada juga menyediakan masakan Cina yang lain dan yang biasa kita dapati di restoran Cina, seperti nasi goreng, Chee Cheong Fun dan mi berkuah.

Foto:Facebook My Dim Sum

Foto: Facebook My Dim Sum

Kalau anda nak, anda juga boleh padankan dimsum anda dengan popiah udang berkulit tauhu goreng, atau dumpling. Kombinasi ini memang sesuai!

Foto: Facebook My Dim Sum

Foto: Facebook My Dim Sum

Foto: Facebook My Dim Sum

Untuk dessert pula, ada banyak pilihan menarik seperti Ban Durian Musang King, atau Ban Kastard Telur Kuning Masin. Fuuuh, gerenti nikmat!

Foto: Facebook My Dim Sum

Foto: Facebook My Dim Sum

Foto: Facebook My Dim Sum

Jadi jika anda meminati masakan Cina, cepat-cepat pergi cuba juadah yang ditawarkan di My Dim Sum! Anda takkan rugi!

Sumber: Have Halal Will Travel, Facebook My Dim Sum

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 24 Jul 2018

Kejernihan Air Sungai Bangang Mendamaikan Jiwa

Keindahan alam semula jadinya juga pasti akan memukau mata memandang.

Eat Travel Mon, 5 Nov 2018

Pantai Irama Bachok, Lokasi Liburan Sarat Sentuhan Tradisi

Desiran angin pantai yang berhembus halus dan menerpa pepohonan di sekitarnya mendamaikan minda.

Eat Travel Sat, 27 Oct 2018

Ini Cara Nak Buat Bubur Pumpkin Bua Loy Viral

Nak buatnya agak rumit, tapi rasanya cukup sedap!

Eat Travel Sat, 23 May 2020
Eat Travel Mon, 4 May 2020
Eat Travel Tue, 31 Mar 2020

Cara buat roti jala corak segi empat

Resipi mudah Mariana Zainal

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Fri, 30 Nov 2018
Eat Travel Wed, 22 Aug 2018

Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ Confirm Menangis Gara-Gara Rosak Diet!

Manfaatkan daging korban dengan mencuba resipi Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ yang cukup lazat!

error: Content is protected !!