Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 23, 2020 @ 11:00am

Semperit red velvet, resipi kacukan mudah dimasak

Jika suami suka semperit, isteri pula suka kek red velvet, apa kata cuba resipi kacukan semperit red velvet yang dikongsi pemilik akaun Facebook, Kelantanese.

Semperit tradisional berwarna kuning memang digemari ramai, namun tidak salah untuk mencipta resipi baharu berasaskan resipi asal.

Samperit tradisional berwarna kuning dihiasi ceri di tengah. Ada juga berbentuk segi empat tepat. (Gambar hiasan/Kredit Instagram @dapurkakzu)

Warna merah menyala memberikan sentuhan kontemporari pada resipi kacukan ini. Bukan sahaja tampak lebih segar dan berseri, juadah ini pasti membuatkan ahli keluarga kagum dengan bakat memasak anda.

Apa yang penting, bahan bagi menghasilkan semperit red velvet mudah sahaja kerana kebanyakannya sudah sedia ada di rumah.

Berdasarkan perkongsian itu, resipi ini menggunakan cuka, namun bagi yang berminat untuk mencuba, boleh sahaja menggantikan bahan seperti cuka, serbuk koko dan pewarna merah dengan dua sudu besar Red Velvet Emulco.

“Bagi yang tanya perlu atau tidak cuka dalam resipi ini, sebenarnya red velvet bukan berwarna merah sahaja. Ramuan pentingnya ialah susu mentega dan juga koko. Cuka itu hanya berfungsi untuk mendapatkan rasa susu mentega, manakala koko pula untuk melengkapkan rasa.

“Jika tidak mahu memasukkan pewarna pun boleh, tetapi adunan akan menjadi warna koko asli. Kurangkan pewarna juga boleh kerana penggunaan warna merah hanya untuk kelihatan cantik dan sinonim dengan red velvet,” tulisnya.

Berikut dikongsikan resipi mudah untuk menghasilkan semperit red velvet:

Bahan-bahan:

250gm mentega
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu besar cuka makan
3 cawan tepung jagung, diayak
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar serbuk koko

Cara penyediaan:

  1. Gaul sebati mentega dengan susu pekat. Kemudian masukkan pewarna dan cuka.
  2. Masukkan tepung kastard dan serbuk koko. Gaul sebati, tetapi jangan dipukul, sebaliknya gaul dengan lembut.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil diuli. Jika adunan masih lembik boleh tambah tepung jagung hingga doh tidak melekat pada jari apabila digentel.
  4. Sebaik doh siap, pastikan doh tidak terlalu keras kerana apabila diterap doh lembut akan menjadi bentuk yang lebih cantik.
  5. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 30 minit, atau sehingga kuih masak sekata sampai bahagian dalam.

Panduan: Cara hendak mengetahui semperit sudah masak sepenuhnya adalah dengan mematahkan satu semperit. Jika bahagian tengah doh masih lembap, masuk balik ke dalam oven dan turunkan suhu 140 darjah Celsius untuk 5 minit lagi. Semperit yang masak sepenuhnya akan rasa ringan bila diangkat.

 

Selamat mencuba!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 May 2022
Featured Tue, 20 Jan 2026

“Suara Perempuan Bukan Aurat, Fight Me!”- Ika Nabella Bukan Ajak Bergaduh Tapi Mahu Hujah

Ika juga tampil mengulas dengan lebih lanjut mengenai penggunaan frasa ‘Fight Me’ yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

familuv Sat, 3 Dec 2022

Comelnya Gelagat Aiman Hakim & Anak Rebut Nak Cium Zahirah Macwilson!

Tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh pelakon Zahirah Macwilson di laman TikTok yang berjaya meraih perhatian penonton. Menerusi hantaran tersebut, suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan anak sulung lelaki mereka, Isaac Raees sedang berebut untuk […]

Featured Thu, 24 Nov 2022
Featured Mon, 16 Dec 2024

“Dia Berangan & Tindakan Itu Memualkan”- Diana Danielle

Diana berkat aini adalah masa yang sesuai untuk Farid melepaskannya.

Featured Fri, 19 Jul 2024

Didakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal, Intan Najuwa Tampil Perjelas -“Saya & Suami Ada Parents, Jadi Mereka Lebih Tahu”

Janganlah kita jadi yang terpaling okay… Artis pun tahu bila nak berkongsi ataupun tidak berita gembira macam ni🫣🤣

Eat Travel Thu, 13 Dec 2018

9 Classic & New Egg Recipes That You Should Know

If you have, then you’re egg-celent.

error: Content is protected !!