Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 24, 2022 @ 7:51pm

Tular Video Isu Perkauman, Zul Huzaimy Akui Terima Ugutan

Pelakon Zul Huzaimy mengakui ada menerima ugutan susulan video tular ucapannya yang berbaur perkauman sehingga dia perlu membuka kertas siasatan.

Menurutnya, Zul atau nama sebenar Zul Huzaimy Marzuki tidak mahu mendedahkan jenis ugutan yang diterima kerana kes terbabit masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Saya ada terima ugutan, tapi saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa yang masih melakukan siasatan sehingga sekarang.

“Saya tak boleh beritahu (jenis ugutan) sebab dah bawah siasatan polis dan sudah dipanggil untuk kerjasama dengan polis dan sekarang siasatan masih berjalan lagi,” ujarnya.

Zul ditemui semasa di majlis sidang media pratonton Daddyku Gangster di Sunway Velocity Mall yang akan ditayangkan mulai 1 Disember, depan.

Susulan perkara itu, dia memberitahu sebagai manusia biasa, dia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Saya ni manusia biasa yang tak lepas melakukan kesilapan. Adakalanya tersasar juga menggunakan perkataan tidak sesuai.

“Saya bukannya artis yang sukakan kontroversi. Sebelum-sebelum ini pun, mana ada saya buat apa-apa (kontroversi).

“Semua orang pelik, kenapa Zul macam itu? Jadi, itulah manusia sebenarnya dan saya berharap semua penonton dan peminat saya memahami apa yang berlaku itu ialah lumrah sebagai manusia biasa, tak lepas daripada tersasar juga buat kesilapan. Saya berharap ini adalah pengajaran kepada saya,” jelasnya.

Namun, dia menyesali dengan perbuatan tersebut sehingga tidak senang duduk dan akan terus memberi ceramah tanpa menyentuh isu perkauman.

“Itulah semua orang, manusia baik yang tiada niat akan rasa begitu (kesal). Tapi, kalau memang dia ada berniat, itu lainlah.

“Apapun, saya minta kepada semua, jangan dikaitkan filem ini dengan isu politik. Saya mohon berikan sokongan kepada karya seni ini.

“Saya juga akan meneruskan lagi memberi ceramah sekiranya menerima undangan. Sebabnya, saya masih lagi sebagai ikon permotoran yang akan bercakap mengenai permotoran saja, dan tidak lagi akan membabitkan benda-benda sebegitu (berbaur perkauman),” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Trending Fri, 21 Jun 2024
Featured Fri, 2 Sep 2022

“Sejarah Akan Berulang Kalau Tidak Dijaga” – Fikry Ibrahim Idam Watak Pahlawan Negara

Fuhh mesti best kan kalau Fikry berlakon watak pahlawan 😍

Featured Mon, 20 Jun 2022
Hiburan Fri, 2 Jan 2026

Nadia Brian Syukur Mulakan Tahun Baharu Dengan Nedim Nazri

Nadia meluahkan rasa syukur memasuki tahun baharu bersama cinta hatinya, Nedim

familuv Tue, 20 Nov 2018

5 Kelebihan Bermain Bersama Anak Yang Anda Tak Tahu Selama Ini!

Hargai anak anda kerana mereka tak akan kecil selama-lamanya!

error: Content is protected !!