Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie June 11, 2020 @ 1:43pm

Tapai pindang Kelantan sesuai dihidang sebagai puding

Puding jagung, puding gula hangus, pusing roti atau puding buah-buahan campuran biasa kita dengar disediakan untuk minum petang seisi keluarga, namun bagaimana pula dengan puding tapai pindang?

Pindang itu sendiri mengingatkan kita kepada telur pindang, namun resipi yang dimaksudkan ini tiada kena mengena dengan telur pindang yang cukup terkenal dalam kalangan orang Johor.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Puding Pindang Tapai Kelantan

A post shared by Anisah Abdul Halim (@anisahhalim77) on

Namun begitu, bagi Anisah Abdul Halim, guru di Sekolah Kebangsaan Zainab, Kota Bharu, resipi puding tapai pindang yang diwarisi daripada arwah ibunya, Nik Yah Nik Min, adalah antara resipi puding terbaik baginya.

“Dahulu ketika remaja, arwah emak selalu juga buat puding tapai pindang ini, apabila emak dah tiada saya meneruskan tradisi menyediakan puding ini untuk hidangan kami sekeluarga apabila ada yang terasa mahu makan pemanis mulut kesukaan sekeluarga ini.

“Saya tidak pernah menulis di mana-mana resipinya kerana bahan-bahannya sangat mudah, iaitu telur, mentega, santan, ketupat dan tapai. Sesiapa pun boleh buat, tetapi air tangan mungkin menghasilkan rasa yang berbeza,” katanya ketika dihubungi Hijab & Heels, baru-baru ini.

Puding tapai ubi enak dimakan selepas dikeluarkan dari peti sejuk – gambar hiasan. Foto: MyMedia.com

Tapai ubi kayu biasanya digoreng sahaja seperti pisang goreng dan dimakan sebagai kudapan bersama teh atau kopi, namun apabila diadun menjadi puding, rasanya unik dan enak.

Anisah berkata, beliau meletakkan buah tin supaya rasa puding tapai pindang lebih enak dan ketupat pula akan membuatkan rasanya sedikit berlemak.

Tapai ubi kayu juga selain dijadikan puding, boleh juga digoreng. Foto: Picuki.my

Ikuti resipi puding tapai pindang yang sangat menarik hasil resipi turun-temurun Anisah.
Bahan-bahan:
1 kotak santan (250ml)
2 biji telur ayam
3 ketul tapai ubi kayu
4 biji kurma dipotong sederhana halus
2 biji buah in dipotong kecil
3 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Masukkan santan ke dalam loyang sederhana besar. Susun tapai ubi yang sudah dipotong kecil, masukkan juga buah tin dan kurma.

2. Masukkan gula dan telur. Kacau sedikit supya sebati dengan bahan-bahan di dalam loyang.

3. Kukus selama 30 hingga 45 minit. Apabila masak, sejukkan terlebih dahulu.

Gambar hadapan – Foto kredit: Liputan6.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Jan 2023

Bekas Isteri Dedah Luqman Hafidz Curang Punca Perceraian? – “Semoga Bahagia Di Atas Penderitaan Saya”

Jika benar bagai dikata, moga bekas isteri Luqman kekal tabah 🥲❤️

Featured Sun, 5 Dec 2021

Kejam! Kanak-kanak 5 Tahun Maut Didera Ibu Kandung Dan Bapa Tiri

Sepasang suami isteri ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai telah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut akibat didera di Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri, Johor. Memetik laporan The Star, kanak-kanak yang […]

Featured Mon, 19 Feb 2024
Featured Sat, 11 Jan 2025

Didakwa Tak Sesuai Bawa Watak Utama, Netizen Label Nad Zainal Berwajah Awam – “Lawa Atau Tak, Setiap Orang Ada Rezeki Masing-Masing”

Kata Nad Zainal, wajah ‘awam’ yang dimilikinya itulah menjadi punca dia ditawarkan pelbagai watak.

Eat Travel Fri, 7 Sep 2018

Anda Kaki Selfie? Jom Selfie Banyak-Banyak Di ‘Selfie Museum KL’ Hujung Minggu Ini

Gerenti ‘manis’ Facebook dan Instagram anda bila muat naik foto di muzium ini.

Featured Thu, 27 Apr 2023
Featured Wed, 22 Jun 2022
error: Content is protected !!