Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 13, 2022 @ 12:47pm

Nama Anna Jobling Di Tangga #7 Carian Tertinggi Google Malaysia, Bakal Lebar Sayap Ke Indonesia

Nama aktres jelita, Anna Jobling telah disenaraikan sebagai personaliti tempatan yang mendapat carian tertinggi di Google Malaysia, tahun ini.

Berada di tangga ketujuh, Anna terkejut dan percaya bahawa drama Melur Untuk Firdaus yang disiarkan di TV3 merupakan faktor utama namanya menjadi perhatian ramai.

“Saya terkejut apabila tersenarai di antara 10 personaliti paling banyak carian di Google Malaysia untuk sepanjang tahun ini.

“Saya yakin carian ini adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya, selain sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara.

“Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya,” katanya.

Menurutnya, platform Google ini dapat memberi peluang untuk lebih ramai orang dari seluruh negara untuk mengenalinya.

Susulan perkara itu, Anna berjanji untuk bekerja lebih keras dan akan melakukan yang terbaik dalam bidang seni.

“Saya rasa semua orang menggunakan carian di Google apabila mahu mendapatkan info, jadi saya berterima kasih kerana ia membuatkan saya mahu terus memberikan yang terbaik dalam karier.

“Pihak pengurusan saya, Mask Team juga merangka banyak perancangan berkaitan karier saya dan Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan berjaya.

“Insya-Allah untuk tahun 2023 ini, saya dalam perancangan melebarkan sayap saya ke negara seberang, Indonesia,”katanya.

Menerusi perkongsian data oleh Google, carian tertinggi di Google Malaysia ialah Perdana Menteri ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Anna, antara yang berada dalam carta 10 keatas ialah kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman, pelakon kanak-kanak, Nik Adam Mika dan penyanyi Yasin Sulaiman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 16 Nov 2019

JOOX Coins Redemption Center Perkenal Keahlian Percuma, Nikmati Tawaran Hebat!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda!

LIFESTYLE Mon, 1 Jul 2019

Dua Peluncur Malaysia Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir Phuket Surf Fest 2019

Mereka adalah Mohd Daud, 29, Didaqt Musaddiq 24, Suhaimi Hassan 24, Nazrin Nasaruddin 25, dan Mona Rasidah 35.

Trending Sat, 21 Aug 2021
Featured Thu, 26 Jan 2023

15 Tahun Dalam Industri, Stacy Bakal Hiburkan Peminat Di DFP

Wow! Stacy bakal muncul di DFP tak lama lagi…

Eat Travel Fri, 2 Nov 2018

Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Ketika Melancong Jika Tak Nak Dianggap Kurang Ajar

Sebelum ke negara lain, belajar tentang adatnya dulu.

Hiburan Sat, 7 Jul 2018

「话题终结者」伍家辉首搭傅健颖主持 自嘲节目差点难产

全新网络平台Pentagon Online TV 首炮推出三档节目!其中「话题终结者」伍家辉首搭傅健颖主持《调啤音乐人》,让伍家辉自嘲节目差点因为他难产。

error: Content is protected !!