Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain December 13, 2023 @ 11:41am

Kerjaya Seni Terus Bersinar, Anna Jobling Lebarkan Sayap Ke Negara Seberang

Pelakon Anna Jobling kini terus menempa nama dalam industri hiburan tanah air bahkan kerjaya seninya turut diintai oleh negara seberang, Indonesia.

Selain mendapat liputan meluas daripada media dan stesen TV tempatan, pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini juga telah membintangi drama bersiri, filem, muzik video dan menjadi pilihan sebagai ‘muka utama’ jenama-jenama lokal dan antarabangsa sepanjang tahun 2023.

Populariti yang diraih Anna di Indonesia menerusi drama Melur Untuk Firdaus menjadi titik permulaan dalam mengembangkan bakat dan karier beliau di negara tersebut.

“Penghujung tahun lepas, saya tak sangka boleh popular dan mempunyai peminat di Indonesia. Sambutan kali pertama berkunjung ke Jakarta sangat mengujakan.

“Detik itu, saya membayangkan yang Indonesia bakal menjadi rumah kedua saya,” katanya.

Meskipun jadualnya padat sejak awal tahun sehingga terpaksa menangguh beberapa projek di Indonesia, Anna tetap nekad untuk mengejar impiannya menempa nama di negara seberang itu.

Lebih menarik lagi, bakatnya turut mendapat perhatian Diva Pop Indonesia, Dato’ Sri Rossa, Anna membintangi muzik video ‘Bertengkar Manis’ bersama bintang sinetron popular Indonesia, Omar Daniel.

“Macam tak percaya Teh Ocha beri peluang kepada saya untuk membintangi muzik video lagu popularnya. Pengalaman bekerja untuk produksi ini menyeronokkan dan hasilnya juga sangat fantastik,” jelasnya.

Enggan menolak peluang yang datang, Anna terus ditawarkan untuk membintangi siri OTT “The One” sebanyak 10 episod terbitan MNC TV yang bakal ditayangkan pada penghujung Disember ini.

Malah, Anna juga meluahkan rasa terujanya kerana berpeluang untuk menjalani penggambaran selama sebulan di pulau peranginan terkenal, Bali, dan bekerjasama dengan pelakon dan pengarah terkenal Indonesia, Pevita Pearce.

“Alhamdulillah, untuk tahun 2023 ini saya banyak terlibat dengan produksi Indonesia dan banyak ulang alik dari KL ke Indonesia.

“Saya baru sahaja selesai penggambaran sebuah filem genre seram, arahan pelakon dan pengarah versatil Indonesia, Baim Wong.

“Saya rasa tawaran ini adalah satu penghargaan untuk diri saya kerana Anna dapat berganding bersama dengan pelakon-pelakon hebat Indonesia seperti Asri Welas, Oka Antara, Arya Saloka dan Yasamin Jasem,” katanya.

Meskipun terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur dan Indonesia, Anna tetap bersyukur kehadirannya disambut baik di negara seberang.

“Tidak dinafikan ada masanya saya tidak fokus dan sedikit terganggu, mungkin terlalu penat dan rasa macam nak mengalah. Tapi, saya terus bangkit dan sentiasa ingat bahawa ibu, para peminat dan pihak pengurusan saya sentiasa ada bersama dan menjadi pembakar semangat saya,” ujarnya.

Selain daripada itu, Anna juga merupakan duta kepada jenama kecantikan terkenal di Indonesia iaitu MS Glow. Pelantikan Anna sebagai duta jenama ini meletakkan nama beliau sebaris dengan barisan-barisan selebriti terkenal antarabangsa yang turut merupakan duta jenama ini seperti Raffi Ahmad, Lesti Kejora dan Cha Eun Woo.

Berkongsi mengenai harapan dan perancangan untuk tahun 2024, Anna berkata, dia berhasrat untuk memperbaiki lagi bakat serta mutu lakonan beliau dan membawa watak-watak yang lebih mencabar, keluar dari zon selesa beliau.

Selain daripada itu, Anna juga berhasrat untuk meluaskan lagi kerjaya lakonannya bersama produksi antarabangsa dalam masa yang sama memperkukuhkan lagi nama beliau di persada seni tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 27 Nov 2023
Trending Sun, 8 Sep 2019

Sanggup Rakam Dari Membantu Pemandu MicroSleep Kemalangan!

”Tukang Rakam Ni Disable Function Hon Ke?” Pemandu Didakwa ‘Microsleep’ Hingga Terbabas Rempuh Lori

Hiburan Thu, 29 May 2025

“Senyum Pada Yang Baik, Jeling Pada Yang Jahat” – Nur Fazura

Fazura kongsi tips cara kekal positif meski dilanda ujian

Featured Tue, 13 Aug 2024

“Saya Rasa Seperti Dilahirkan Semula” – Puteri Zarith Sah Cerai Talak Satu

Nampaknya proses cerai Puteri zarith dan suami telahpun selesai. Doa baik-baik😎✌️

Trending Fri, 1 Nov 2019

GOT Fans, Are You Ready For The Next Throne? Game Of Throne’s Prequel ‘House Of Dragon’ Will Be Coming Soon On HBO

Game of Thrones fans, are you ready for this prequel to put you on tenterhooks?

Featured Tue, 9 Aug 2022

[VIDEO] Gara-Gara Kongsi Rakaman Azal Lamar Neera Azizi, Zarina Zainuddin Teruk Dihentam Netizen.. Ini Penjelasan Empunya Badan

Masing-masing ada pendapat sendiri tapi Zarina sebagai ibu lebih mengenali anaknya 😊 Azal pun faham dia tengah berlakon 😂

error: Content is protected !!