Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri January 12, 2018 @ 3:31pm

Doakan Semoga Urusan Dipermudahkan – Neelofa

Sejuk hati bila dengar impian wanita cantik ni… apa taknya, pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa menyimpan hasrat untuk membuka sebuah pusat pengajian Al-Quran. Bagaimanapun, wanita berusia 29 ini berkata dia mahu memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum menunaikan hasrat itu.

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu. Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian itu. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,” kata Neelofa kepada mStar Online.

Dalam pada itu, pelakon drama Red Velvet ini mahu memberi fokus utama dalam perancangan perniagaan tudungnya, Naelofa Hijab dan komitmennya terhadap syarikat penerbangan Air Asia. Namun, ia tidak bermakna Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Air Asia ini mahu meninggalkan dunia seni.

“Tahun ini fokus perniagaan dan bidang seni mcm biasa. Saya ada tanggungjawab di Air Asia dan perancangan untuk perniaagn Neelofa hijab 2018 yang memerlukan komitmen yang tinggi. Tapi itu tidak bermakna saya tinggalkan dunia seni. Jika ada tawaran yang bagus dan baik, Insya-Allah saya akan terima,” ujarnya.

Sumber: Mstar Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Akui Populariti Sudah Bertukar Tangan, MK K-Clique Tak Halang Isteri Untuk Berlakon?

Wahh bagusnya MK ni bagi support buat isteri tercinta

Hiburan Sat, 7 Mar 2026

Pernah Jadi Penduduk, Riena Diana Tegur Individu Hina Kawasan PPR ‘Busuk’ – “Jaga Kata-Kata, Tak Semua Orang Duduk Mewah”

Riena turut berkongsi pengalaman bekerja sebagai jurujual di sebuah premis permainan kanak-kanak

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Lakonan Sofi Jikan, Aprena, Abam Bocey, Wan Hanafi Su & Fauziah Nawi Dalam ‘Jodoh Syaitan’

Asey menegaskan biarpun pasaran filem tempatan buat masa ini dilihat tidak menentu namun ia bukan halangan untuknya menerbitkan filem Jodoh Syaitan.

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Fri, 27 Oct 2023
Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Fri, 7 Oct 2022

Gelaran Datuk Ditarik Balik, Farid Kamil Tidak Menyesal – “Saya Bukan Saja Rasa Tapi…”

Setiap manusia ada ujian hidup masing-masing kan? Semoga kuat dan tabah

error: Content is protected !!